Kedua Orang Tua Adalah Dua Pintu Menuju Syurga Maka Jangan Sia-Siakanlah Pintu Itu |

Seorang Tabi’in yang mulia Iyas bin Mu’awiyah menangis penuh keharuan ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya,

Maka dikatakan pada beliau: “Mengapa anda menangis sedemikian rupa?”

Maka beliau menjawab: “Tidaklah aku menangis kerana kematian, kerana yang hidup pasti akan mati.

Akan tetapi yang membuatku menangis kerana dahulu aku memiliki dua pintu ke syurga,

Maka tertutuplah satu pintu pada hari ini dan tidak akan di buka sampai hari kiamat,

Aku memohon pada Allah Ta’ala agar aku dapat menjaga pintu yang kedua…”

Kedua orang tua adalah dua pintu menuju syurga, yang kita dapat menikmati bau harumnya setiap pagi dan petang, Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

الوالد أوسط أبواب الجنة فأضع ذلك الباب أو احففظه

“Orang tua (ibu bapa) adalah pintu syurga yang paling tengah, maka jangan sia-siakanlah pintu itu atau jagalah ia.” (HR. Tirmidzi).

                  

Ya, pintu syurga yang paling tengah, yang paling indah, yang paling elok. Maka masihkah engkau sia-siakan pintu itu?

Bahkan engkau haramkan dirimu untuk memasukinya? Dengan mengangkat suaramu di hadapannya?

Dengan membentaknya di kala tulang-tulangnya semakin lemah kerana di makan usia?

Sementara tubuhmu yang berotot mekar, dahulu telah di basuh kotoranmu dengan tangannya yang kini tak bertenaga?

Duhai sungguh ruginya…

Betapa ruginya!

Jika kau berani derhaka !

Rasulullah Shallahu ‘ alaihi wa Sallam bersabda : “Celaka,celaka,celaka!” Dikatakan pada baginda, “Siapa wahai Rasulullah?”

Maka baginda bersabda: “Siapa saja yang mendapati kedua orang tuanya, baik salah satu atau kedua-duanya di kala mereka lanjut usia,

Akan tetapi (keadaan tersebut) tidak memasukkannya ke syurga.” (HR. Muslim)

اللهم ارزقنا البر بوالدينا و اجمعنا بهم في جنات النعيم

Ya Allah, berilah kami rezeki untuk berbakti kepada kedua orang tua kami, dan kumpulkanlah kami bersama mereka di syurgaMu. Aamiin…

Akhbarkini