Bercekik pinggang ini merupakan perbuatan yang selalunya dilakukan secara automatik apabila seseorang sedang marah ataupun sedang dalam mood yang tidak bagus. Sebenarnya perbuatan itu adalah sesuatu yang dilarang dalam ajaran Islam.
Mungkin ada yang akan berkata “bercekak pinggang pun tak boleh? Kenapa? Peliklah, tak pernah dengar dan kita buat apa-apa, cuma cekak pinggang saja, pun tak boleh?”
Mungkin masih ramai daripada kita tidak pernah tahu apa hukum cekak pinggang ini. Dan mungkin juga ada antara kita yang tidak pernah menyangka yang bercekak pinggang ini adalah MAKRUH hukumnya.
Nampak remeh dan biasa saja tapi sebenarnya MAKRUH
Secara jujurnya saya sendiri pun baru tahu, dan tak pernah tahu pun selama ini. Ingin sekali saya kongsikan informasi yang amat baik ini tentang hukum bercekak pinggang yang saya dapat daripada mendengar ceramah dari Ustaz favorite saya, tak lain tak bukan mestilah Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz.
Mengapa Kita Dilarang Cekak Pinggang?
1) Ini Adalah Perbuatan Iblis
Bercekak pinggang ialah perbuatan iblis ketika dia diturunkan ke dunia. Ketika iblis diturunkan ke dunia ada dua hal yang dia lakukan iaitu bersiul dan juga bercekak pinggang. Bercekak pinggang ialah makruh kerana itu adalah perbuatan iblis laknatullah. Bercekak pinggang ini bagi kita biasa sahaja, asal nak bergaduh cekak pinggang, asal cekak pinggang je nak bergaduh.
Tak sah kalau tak bercekak pinggang ketika sedang marah mahu pun bergaduh, sehingga kita sendiri pun tahu kalau seseorang itu bercekak pinggang dengan muka yang agak tegang, ha confirm la tu tengah marah dan panas.
2) Kegemaran Yahudi Bercekak Pinggang
Yang kedua bercekak pinggang itu juga adalah cara orang Yahudi. Nabi Muhammad SAW berkata orang Yahudi ni kegemarannya ialah bercekak pinggang.
3) Sifat Orang Yang Bongkak & Sombong
Yang ketiga Nabi berkata bercekak pinggang itu makruh kerana itu adalah perangai orang-orang sombong atau bongkak.
4) Cara Ahli Neraka Duduk
Yang keempat ialah cara-cara ahli neraka duduk di dalam neraka, hal ini kerana ahli-ahli neraka, mereka duduk di dalamnya dalam keadaan bercekak pinggang.
Sebab itulah Nabi melarang kita bercekak pinggang ketika sembahyang dan juga Nabi melarang walaupun saja-saja kita bercekak pinggang sewaktu berjalan dan pastinya akan dipandang orang.
Demikianlah sebab kenapa kita dilarang bercekik pinggang seperti yang dikongsikan saudari Asiah Kuzaiman. Walaupun perkara tersebut tidak dilarang sehingga ke tahap haram, namun sebaiknya kita menghindarinya demi untuk kebaikan kita sendiri. Semoga bermanfaat kepada semua.
Wallahu’alam.
Sumber : karteldakwah