Hari ini hari jadi isteri saya. Saya sayangkan dia. Dia banyak bantu saya selama ini. Sediakan makan pakai saya dan anak-anak. Kemas rumah. Masak yg sedap-sedap.
So saya decide nak buat kelainan sikit tahun ni. Saya ucap, “HAPPY BIRTHDAY SAYANG” banyak kali pada dia.
Lepas tu saya cium dahi dia. Saya nak hiburkan hati dia. Nak layan dia semampu yang mungkin. Biarkan dia nak pergi shopping kat mana.
Walaupun penat sebab kami dalam perjalanan balik dari Business Presentation di Kuantan, saya layan saja kehendak dia.
Alah, Bukan selalu, bisik hati saya.
Menariknya, saya tak terasa letih pun memenuhi permintaan dia. Dia pun tak minta macam-macam.
Tahu apa yg dia nak sempena hari lahir? DIA CUMA NAK JALAN-JALAN DI NILAI 3!
“Tu jer?” saya tanya.
“Ya, tu je bang”, katanya.
Wah! Cerita ni semakin menarik! Jadi saya layan saja kehendak dia.
Kami pun jalan-jalanlah di Nilai. Bukan berjalan sangat pun. Lebih banyak naik kereta daripada berjalan. Tak tahan panas katanya.
Satu-satu benda yang dia nak beli ialah Teko Termos yg berharga RM18. Dia teruja sangat sebab teko itu sangat murah. Kat tempat lain RM30 lebih katanya.
Dia teruja. Saya pun teruja. Sebab sekarang saya faham bukan susah nak gembirakan hati wanita ni. Yang penting ada kemahuan dan sedikit ilmu.
Ilmu yang saya gunakan ialah ilmu LUA atau Law of Universal Attraction. Apa yang kita suka akan menarik lebih BANYAK PERKARA YANG KITA SUKA!
Apa yang kita suka akan menarik lebih BANYAK PERKARA YANG KITA SUKA!
Jadi, kalau nak bahagia, FOKUS APA YANG KITA SUKA pada pasangan kita, itu saja!
Tapi bahagia ni akan jadi susah kalau tak ada ilmu.
Apabila tak ada ilmu, kita susah nak jadi positif. Sebab kajian menunjukkan bahawa 70% daripada persekitaran kita adalah negatif!
Dalam LUA, kita ada Teknik “Na’uzubillahi min zaalik”. Teknik ni banyak bantu kita terus positif walaupun pasangan kita negatif..
Lepas solat Maghrib tadi, ada satu ayat yang dituturkan oleh isteri yang terkesan di hati saya yang membuatkan saya tergerak untuk menulis posting ni.
Apa ayatnya?
“Bang.. Terima kasih sebab ucap birthday banyak kali kat Sayang hari ni. Sayang happy sangat!”.
“Betullah kata abang dalam Seminar Magnet Rezeki, bahagia pun Rezeki. Malah Bahagia adalah antara rezeki termahal dalam hidup Sayang!”.
Hmmm.. Bergenang juga air mata jantan saya. “Mendalam sungguh pengajaran yang Allah nak bagi hari ini”.
Dipendekkan cerita, pesan saya kepada diri sendiri dan suami isteri di luar sana..
1. Fokus Kebaikan Isteri
Isteri kita memang tak sempurna. Begitu juga dgn kita!
Kita menarik apa yang kita fokuskan. Fokus kebaikan, kita akan dapat kebaikan!
2. Perhatian Suami
Bagi isteri, hadiah yang paling didambakan adalah belaian dan perhatian suami. Bukan bag tangan, bukan emas permata.
Andai mampu, belikanlah.
Andai ada keperluan lain yang lebih utama, belaian dan kata-kata kasih kita sudah cukup membahagiakan hati seorang isteri.
3. Fokus Kebaikan Suami
Isteri juga begitu. Perlu fokus kepada kebaikan suami. Syukur masih ada suami, atau pernah bersuami.
Ada orang sangat berkeinginan, tapi tak diberikan peluang untuk memiliki cinta hati yang bernama suami.
Jadi untuk mereka yang dah ada suami, selalu doakan. Mudah-mudahan suami kita ini akan memimpin kita untuk melangkah ke Syurga yang kekal abadi!
“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian (suami) adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.”(Hadis riwayat Ahmad)
Ada juga ilmu NLP atau Neuro Linguistic Programming yang saya gunakan untuk meningkatkan kualiti komunikasi, persefahaman dan kasih sayang dengan isteri, tapi tak sempatlah nak tulis kali ini. Maaf.
Doakan saya diberi kesempatan untuk menulis lagi..
Bila Tuan Puan rasa tulisan ini bermanfaat, SHARE dengan pasangan dan kawan masing-masing ya?
Bukan apa, ramai sangat dah yangg hilang kebahagiaan sekarang. Tidur di bantal yang sama, tapi mimpi lain-lain.
Moga usaha kecil kita untuk SHARE perkara baik ini memberi manfaat buat semua..
Salam bahagia.
Sumber: iluvislam