Pada suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka.

Bermula ditanyakan kepada Saidina Abu Bakar ra

“Apa yg kamu suka dari dunia ini?” dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra.
“Aku suka dari dunia ini tiga perkara:

  •  Duduk duduk bersama Rasulullah SAW
  •  Melihat wajah mu ya Rasulullah SAW
  •  Aku korbankan hartaku untukmu ya Rasulullah SAW 

Lalu Rasulullah bertanya dengan Saidina Umar ra. “Bagaimana pula denganmu ya Umar?”
Jawab Saidina Umar ra. “ada 3 perkara juga yang aku suka:

  •  Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
  •  Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang-terangan.
  •  Berkata yang benar walaupun pahit

“Dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?” Berkata Saidina Uthman ra.
“ada 3 perkara yang aku suka:

  •  Memberi makan
  •  Memberi salam
  •  Bersolat malam di waktu manusia tidur

“Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali ra?”
“Aku juga cintakan 3 perkara:

  •  Memuliakan tetamu
  •  Berpuasa di musim panas
  •  Dan memukul musuh dengan pedang

Kemudian bertanya Rasulullah SAW pada Abu Dzar ra. “Apa yg kamu suka di dunia ini?” berkata Saidina Abu Dzar ra “aku suka 3 perkara di dunia ini:

  •  Lapar
  •  Sakit
  •  Mati

Kemudian Rasulullah SAW bertanya, “kenapa wahai Abu Dzar?”
berkata Abu Dzar ra:

  • Aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati
  • Aku sukakan sakit kerana untuk mengurangkan dosaku
  • Aku sukakan maut kerana untuk bertemu Tuhanku

Kemudian bersabdalah Rasulullah SAW “aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
  •  Wangian
  •  Wanita yang solehah
  •  Solat menjadi penyejuk mata ku

Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada Rasulullah SAW & para sahabat.

Kemudian malaikat Jibril mengatakan “aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara”:

  •  Menyampaikan risalah
  •  Menunaikan amanah
  •  Cinta terhadap orang miskin

Kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata “Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

  •  Lidah yang sentiasa berzikir
  •  Hati yang sentiasa khusyuk
  •  Jasad yang sabar menanggung ujian

Allahu Akbar..apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar.