Anak Sulung Tersakiti, Gelagat Lelaki Ini Bikin Berdekah! – “Oi Akak Baru Nak Nangis”


Anak sulung sering dikaitkan dengan tanggungjawab yang besar harus dipikul. Apatah lagi apabila ada adik-adik yang masih kecil. Malah nama anak sulung juga sering ‘dipetik’ ibu untuk bantu kerja-kerja rumah.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @hkl.irfanz ini dia meluahkan nasib sebagai seorang anak sulung. Dalam rakaman ini kedengaran dia berdoa supaya ingatan ibunya dikembalikan.

Ingatkan dah kenapa pulak la pemuda ini, nampak sed1h sangat. Rupa-rupanya dia nak meluahkan yang namanya sering ‘diseru’ untuk membasuh baju. Lah itu je rupanya kisah remaja ini. Berikut adalah rakaman anak muda ini yang dikongsikan itu.


Apa-apa pun, video ini hanyalah gurauan dan untuk hiburan semata-mata. Malah rasanya ramai juga anak sulung tersak1ti yang pernah melalui situasi seperti pemuda ini. Perkongsian rakaman oleh lelaki ini yang memaparkan luahan anak sulung tersak1ti ini telah meraih lebih sejuta tontonan dan 100 ribu likes.

Rata-rata warganet terhibur menyaksikan gelagat pemuda tersebut dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Saya ada tiga adik-beradik juga saya sulong anak tersak1ti”

“Ya Allah seb4k tengok..Tapi tetap nak gelak jugak haha”

“Bila kita selalu disuruh, maknanya kita orang yang boleh diharapkan”

Sumber: viralmy.me