Kedengaran pelik tapi itulah realiti yang terjadi kepada seorang wanita bernama Farah Asyikin lalu dikongsikan menerusi satu video di TikTok. Ketika kecil dahulu, dia loya setelah melihat butiran nasi yang nampak seperti ulat. Sejak itu, dia tidak mengambil makanan ruji berkenaan selama 21 tahun berturut-turut.
Mama pernah suap tapi muntah, memang tak boleh makan…Kalau bihun takpe sebab tak serupa nasi
Bukan itu sahaja, ibu muda kepada 2 anak tersebut juga tidak boleh menyentuh nasi sama sekali dan pernah muntah apabila cuba disuap. Walau bagaimanapun, makanan-makanan lain yang berasaskan beras masih boleh dimakan Farah kerana tidak menyerupai bentuk sebutir nasi.
Tak makan ikan dah berpuluh tahun tapi ada yang tak percaya…Untung laki tak payah beli beras
Sejak dikongsikan semalam, rakaman video berdurasi 20 saat itu telah meraih lebih 149 ribu jumlah tontonan. Meskipun rata-rata netizen pelik dan terkejut dengan pendedahan berkenaan, namun ada juga yang mengambil kesempatan berkongsi kisah sama sepertinya.
Sumber: TikTok FrrahAsyikin