Keluarganya yang daif tidak mampu untuk membeli sebuah pemadam pun. Harold tekad memakai segala apa yang ada padanya untuk mengatasi masalah kekurangan yang dihadapinya ini.

Disebabkan kemelaratan terlampau, terlalu ramai kanak-kanak yang terpaksa mengorbankan pelajaran mereka. Tetapi ada juga segelintir yang cekal meneruskan perjuangan dengan cekal .Kanak-kanak berasal dari Filipina bernama Harold Labutong ini merupakan salah seorang daripada mereka yang menunjukkan semangat yang tinggi untuk belajar.


Harold berteka teki sendiri sekiranya seliparnya boleh dijadikan pemadam, lalu dia sendiri mencubanya dan ianya menjadi.Semenjak itu, dia sentiasa membawa sebelah selipar dan meletakkannya di atas mejanya.

Pernah pada satu hari, Harold telah melakukan kesalahan di dalam penulisannya dan meminjam sebuah pemadam daripada rakannya. Rakannya memberitahu pemadam itu tadi sebenarnya diperbuat daripada getah s3lipar.

Menurut gurunya, Harold ialah seorang pelajar yang rajin belajar. Tetapi keluarganya tersangat miskin waima sebatang pensil pun terlalu mahal untuk mereka.

Pelajar ini berhabis-habisan berjuang untuk mengatasi kekurangan serta kesukaran yang dihadapi ketika ini.

Pensil yang ada pada Harold digunakannya sehingga ia menjadi terlalu pendek dan sukar untuk dipegang dengan betul. Tetapi Harold tidak mahu membuangnya kerana dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada untuk belajar.

Sebenarnya, ada ramai lagi pelajar-pelajar miskin seperti Harold di dalam kelasnya. Dan masing-masing menghadapi kekangan kewangan juga cabaran yang berlainan.

Sejak Harold menyedari seliparnya boleh dijadikan sebagai pemadam, dia akan kongsikannya dengan rakan-rakannya yang lain yang senasib dengannya.

Dan kaedah memadam ini menjadi sangat viral. Guru Harold mengambil gambar Harold menggunakan seliparnya untuk memadam dan memuat naikkan gambar tersebut ke laman media sosial.

Hati para warganet terusik melihatkan gambar berkenaan dan ramai yang sudi untuk memberikan alat-alat tulis kepada pelajar-pelajar yang cekal ini. Semoga kisah kanak-kanak ini boleh memberikan insprirasi dan dorongan buat kita dimana keazaman mereka untuk belajar dan berusaha meskipun serba serbi kekurangan amatlah terpuji dan perlu dicontohi.

Sumber: mimbarraudhah