Ketahui 5 Petua Yang Boleh Anda Ikuti Bagi Memudahkan Proses Kehamilan

Ketahui 5 Petua Yang Boleh Anda Ikuti Bagi Memudahkan Proses Kehamilan

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me
Gambar Hiasan

Dibawah terdapat beberapa petua yang boleh anda ikut bagi memudahkan proses kehamilan.

Jika anda dan juga pasangan sudah lama mendirikan rumahtangga namun masih belum ada rezeki untuk ada cahaya mata sendiri rezeki itu masih belum tiba. Namun jangan pernah berputus asa. Cari ikhtiar supaya anda cepat hamil. Ramai juga wanita-wanita di luar sana yang tidak bernasib baik yang boleh mengandung selepas berkahwin.

Kemungkinan banyak faktor-faktor yang boleh menghalang proses kehamilan. Mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur, tertekan yang melampau juga menjadi salah satu punca susah untuk hamil kerana sisitem peranakan mempunyai masalah. Dibawah terdapat beberapa petua yang boleh anda ikut bagi memudahkan proses kehamilan.

4 jenis pemakanan yang boleh meningkatkan proses kesuburan

1. Air putih

Mengamalkan minum air putih secukupnya juga sangat penting untuk tubuh badan. Malah ia juga boleh memberi fungsi organ dalaman yang boleh menghubungkan nutrisi ke seluruh tubuh serta menjaga keseimbangan hormon anda.

2. Complex carbohydrates

Complex carbohydrates memiliki indeks glycemic rendah serta kaya dengan kandungan serat. Malah ia juga terkandung dalam pemakanan seperti sayur-sayuran, beras perang, gandum dan juga pasta.

Bukan itu saja, wanita yang sukar hamil jika mengamalkan cara pemakanan ini seperti makan buah-buahan yang kaya dengan banyak zat dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh badan

3. Folic Asid

Folic asid mudah ditemui di dalam makanan jenis kekacang seperti kacang merah, kacang tanah, kacang soya dan juga kacang hijau yang berperanan sebagai meningkatkan lagi pengeluran telur dalam tubuh badan wanita.

Nutrisi yang paling banyak terkandung dalam kacang hijau berbanding kacang-kacang yang lain dan meningkatkan juga proses kesuburan terutamanya wanita.

Dengan bantuan vitamin E juga boleh membantu mempercepatkan proses kehamilan. Bukan itu saja, ia juga mengandungi vitamin B6 yang berperanan bagi mengatur hormon peranakan bekerja secara maksimum.

4. Healthy Fat

Banyak kategori makanan yang boleh dijadikan sumber lemak sihat yang baik untuk tubuh badan seperti avocado, kekacang, minyak zaitun, ikan salmon dan pelbagai makanan yang turut mengandungi omega 3.

Proses pengeluaran insulin semasa mengamalkan pemakanan ini juga boleh mempercepatkan proses kehamilan wanita yang ingin hamil.

5. Semak waktu subur

Selepas 14 hari tempoh habis datang haid merupakan waktu yang subur bagi seorang wanita dan bagi pasangan yang sudah berkahwin yang menginginkan anak, mereka hendaklah melakukan hubungan intim sebanyak 2 kali sehari.

Melakukan hubungan intim sebanyak 2 kali sehari akan membentuk sel sperma menjadi semakin kuat berbanding sperma yang dikeluarkan setiap hari. memiliki sperma yang kuat juga boleh membuahkan proses kehamilan dalam kadar yang cepat.

Petua bagi mempercepatkan proses kehamilan juga boleh dilakukan dalam posisi yang betul dan tepat. Sebaiknya isteri berada di posisi bawah agar memudahkan sperma masuk ke pintu rahim

Untuk emmastikan proses sperma memasuki pintu rahim secara sempurna, anda boleh meletakkan bantal di bawah pinggang dan berbaring selama 25 minit bagi memudahkan proses kemasukan sperma menuju ke sel telur sebelum bertukar ke mana-mana.

Menjaga hubungan baik dengan pasangan juga sangat penting bagi proses kehamilan. Memiliki mood yang seimbang dan baik juga amat penting. Apapun serahkan semuanya kepada yang Maha Esa menentukannya. Apa yang penting anda sudah berusaha menuju ke arah yang baik iaitu ingin memiliki cahaya mata sendiri.

Semoga apa yang sudah dikongsikan di atas ini boleh memberikan panduan serta rujukan buat wanita-wanita yang menginginkan cahaya mata sendiri. Demikian memetik 123mamanet.

Akhbarkini