Sebenarnya mudah untuk kita mengetahui dan membezakan yang mana satu ais yang menggunakan air masak dan yang mana satu pula ais yang menggunakan air mentah.Namun kebanyakan daripada kita mengambil mudah tentang kebersihan ais itu sendiri.

Ketika enak menikmati minuman sejuk pada waktu cuaca panas terik atau masa lepak minum di kedai, pastinya setiap daripada kita terfikir, ais yang diletakkan dalam gelas itu guna air masak atau air paip kan.Dipetik daripada Sinar Online, ada tips bagaimana membezakan ais air paip dengan ais air masak:

Ais daripada air mentah (air paip) berwarna putih kerana banyak gas yang masih terperangkap di dalamnya.

Kebiasaannya ais yang dibuat daripada air mentah adalah ais blok yang digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging di pasar.

Ais daripada air masak pula akan kelihatan jernih kerana gas di dalamnya telah dilepaskan ketika merebus air tersebut. Ais ini dipanggil ais kristal.

Ais kristal sudah banyak digunakan, ia berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah

Semua Kilang Ais Menjijikkan?

Biarpun tidak semua kilang memproses ais mengabaikan aspek kebersihan, tetapi sebagai pengguna, tahukah anda di mana datangnya atau ais itu milik syarikat mana?

Jika syarikat A menghasilkan ais yang berkualiti, tahukah anda restoran atau kedai itu menggunakan ais syarikat A?

Jawapannya hampir pasti anda tidak tahu. Apa yang anda tahu segelas ais sejuk sudah terhidang di atas meja selepas menu dipesan.

Isu halal ais itu sendiri memainkan peranan yang sungguh besar. Halal itu bukan sahaja pada ais itu sendiri tetapi merangkumi segenap aspek sama ada kebersihan kawasan kilang, bekalan sumber air, mesin dan prosedur pemakaian pekerja.

Anda harus ingat, ais yang kotor jika masuk ke dalam badan boleh mengundang pelbagai penyakit. Ais yang tidak bersih dan tidak mengikut prosedur akan mengakibatkan penyakit bawaan air seperti typoid, e-coli, kolera dan gastroenterisis serta Hepatitis A.

Terpanggil untuk memberi kesedaran kepada semua pengguna, Sorot melakukan siasatan terhadap berapa buah kilang ais bersama sumber yang sebelum itu menyalurkan maklumat betapa tahap ais yang diproses hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata, mengetepikan aspek kebersihan dan kesihatan.

Beberapa buah kilang disiasat dan hasilnya hanya satu perkataan yang mampu menggambarkan semuanya iaitu jijik.

Anda bayangkan, air yang sepatutnya dibuang digunakan semula untuk dijadikan ais kiub. Lebih teruk, saluran air buangan itu berlumut. Loya tekak menggambarkan apa yang dilihat dengan mata sendiri.

Ada juga binatang peliharaan seperti anjing, mudah keluar masuk ke lokasi memproses ais kiub. Bayangkan apa yang anjing itu buat di situ.

Tidak dapat juga dibayangkan bagaimana pekerja membersihkan diri selepas menggunakan tandas. Ini kerana tandas terdapat di dalam premis itu terlampau kotor dan berbau.

Itu hanya sebahagian yang mampu diperkatakan. Di sini, Sorot menyenaraikan apa yang kami peroleh sepanjang siasatan kami.

Apa yang menjadi harapan kami selepas ini, pihak berwajib perlu memandang serius dan melakukan siasatan segera bagi memastikan semua ini tidak berpanjangan.

Buat pengguna pula, kita seharusnya peka terhadap aspek pengambilan makanan atau minuman yang bersih.

Jangan ambil mudah dengan situasi ini. Jangan biarkan makanan tercemar menjadi sebahagian daripada darah daging kita.

Mana satu ais yang lebih bersih?

Sangat mudah juga sebenarnya untuk kita membezakan yang mana satu ais yang bersih dan yang mana satu pula ais yang kotor.

Perhatikan foto ketulan ais di kiri dan kanan. Ada tak nampak perbezaan?

Ya, bezanya ialah, ketulan ais di sebelah kiri itu lebih jernih daripada ketulan ais di sebelah kanan. Apakah maknanya?

Ertinya, ketulan ais di sebelah kiri lebih bersih dan lebih baik untuk kesihatan.

Namun, ketika anda menghirup minuman berais, ada tidak perasan samada ais yang anda minum itu jernih seperti ketulan ais di sebelah kiri atau keruh seperti ketulan ais di sebelah kanan.

Anda tak tahu ais itu bersih atau sebaliknya.

Sumber: sentiasa panas