Kadang-kadang pemandu lama pun tidak tahu perkara-pekara kecil di bawah yang akan menjadikan anda driver pro macam Takumi, dan jalan-raya jauh lebih selamat.

Periksa Cermin Kerata

Jikalau posisi cermin sisi tidak betul, akan adanya titik buta. Titik buta itu kawasan di cermin yang tidak boleh dinampak, dan ianya amat berbahaya bila anda bertukar lane. Untuk pastikan cermin sisi di posisi betul, cuba undurkan kerata selaras dengan kerata lain di parking; bila kereta tidak lagi boleh dinampak di cermin sisi, anda sepatutnya boleh melihat kerata di tingkap sebelah.

Kalau tidak, anda boleh juga beli cermin extra yang anti-titk buta. Untuk cermin belakang, pastikan tingkap belakang kereta boleh dinampak 100%.

Cuba ‘Feel’ Mana Roda Kereta

Macam yang dikatakan dalam anime Initial D, pemandu cekap boleh kawal kereta macam badan sendiri. Walaupun anda tidak payah jadi pro macam Takumi, tapi sekurang-kurangnya bolehlah tahu mana roda kereta. Ini penting untuk mengelakkan lubang-lubang di jalan raya yang kerap dijumpa di Malaysia.

Latihkan sendiri dengan meletakkan botol mineral dan memandu di atas botol. Cuba dengan roda kiri dan kanan, ingat rasa roda setiap kali roda melalui botol.

Guna Tingkap dan Cermin Sebagai Panduan Semasa Parking

Dengan teknik ini anda tidak akan park kereta macam noob lagi. Dengan menggunakan cermin sisi dan tingkap, senang saja nak parking macam pro. Bila parking straight, henti bila nampak tepi jalan di bawah cermin sisi, dengan ini tidak lagi anda akan melanggar tepi jalan dan merosakkan bumper kereta.

Bila parking sisi, letak sticker di kawasan bawah cermin depan, hentikan kereta bila sticker selaras dengan sticker. Parking sisi juga lebih senang bila undurkan kereta bila parking sisi, sebab anda boleh nampak bila kereta terlalu dekat dengan tepi jalan.

Keringkan Brek Selepas Melalui Genangan Air

Jalan melajukan kereta atau membelok kereta semasa melalui genangan air. Kalau tidak, ada kemungkinan air akan memasuki enjin kereta, ataupun menyebabkan kereta hilang kawalan. Kalau kereta melalui genangan air yang besar, jangan tukar kelajuan kereta juga – keringkan brek dulu. Tekan pedal laju, dan tekan brek berapa kali, ini akan memanaskan break dan mengeringkan brek.

Jangan Tengok Saja Kereta Depan, Tengok Juga Kereta Depan Lagi

Semasa memandu, jangan tengok sahaja kereta depan, cuba perhatikan kereta-kereta di depan kereta itu juga, terutamanya kereta yang lebih tinggi seperti lori atau 4WD. Itu sebab mereka dapat melihat situasi di jalan raya dengan lebih jelas – jika mereka menukar lane tiba-tiba, kemungkinan besar adanya kemalangan atau pembaikan jalan.

Tukar Mode Cermin Belakang Masa Malam

Tahukah cermin belakang kereta ada dua mode, satu untuk masa siang dan satu lagi untuk malam? Yang kawal mode tu tuas di belakang cermin – itu bukan untuk mengetatkan posisi cermin lah! Fungsi sebenarnya adalah untuk menggelakkan mata dibutakan oleh lampu kereta masa malam.

Jangan Tak Buka Aircond Kereta

Walaupun anda takut sejuk, pastikan anda membuka aircon kereta kadang-kala. Jika tidak, gas aircon akan bocor dan tiubnya akan kering. Payah tu!

Ingat Guna Handbrek

Ada juga kawan yang memandu kereta automatik yang jarang menggunakan handbrek. Tabiat ini tidak baik sebab jika jarang diguna, handbrek akan hilang cengkaman!

Tapi jangan juga guna handbrek macam Takumi jika tak pro, bahaya tau!

Bila Kereta Di Lane Sebelah Melambat, Ikut Juga

Perhatikan kereta depan di lane sebelah, jika dia melambatkan kereta, ikutkan juga. Ini sebab mungkin dia melambatkan kereta sebab adanya orang yang mahu melintas jalan, teruklah jika anda maintain kelajuan!

Jangan Tertipu Dengan Ilusi Kereta Lambat

Semasa di jalan lurus, dikatakan kelajuan kereta berasa dua kali lebih lambat dari kelajuan sebenar. Jangan terpedaya dengan ilusi ini, jika kereta tidak dilambatkan sebelum membelok, kemungkinan besar kereta akan hilang kawalan.

Jangan Belok Stereng Sebelum Membelok

Kadang-kala anda akan hentikan kereta sebelum membelok di jalan raya, akan tetapi – jangan gerak stereng dulu! Ini sebab jika ada kereta yang melanggar dari belakang, kereta anda mungkin akan tolak ke lane sebelah – di mana anda mungkin dilanggar kereta laju di arah bertentangan.

Sumber: Brightside