Jika anda salah seorang vegeterian tegar yang suka dengan sayuran yang segar, pernahkan anda mendengar sayuran yang dipanggil sebagai Pak Choy atau Bok Choy?

Sudah pasti anda pernah mendengarnya. Sayuran ini adalah dari jenis mustard yang menyerupai bentuk senduk ataupun sudu. Itulah yang merujuk kepada sayuran ini sebagai sudu mustard.

Bak choy juga boleh dihidangkan dalam pelbagai jenis hidangan yang lazat dan sedap. Anda boleh masak sayur ini sebagai sup atau goreng bagi membangkitkan lagi selera makan anda.

Bukan itu saja, sayur bak choy ini juga sangat kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Amalkannya agar pengambilan nutrien dapat dipenuhi dalam tubuh badan.

Apakah kebaikan sayur baok choy ini untuk kesihatan tubuh badan kita?

1. Mencegah kanser

Sayuran jenis Bok Choy ini turut mengandungi glukosinolat yang mampu menguatkan sistem kekebalan tubuh badan. Pada masa yang sama ia mampu mencegah tubuh badan daripada kanser.

Terdapat beberapa jenis kanser yang boleh dicegah dengan makan sayur Bok Choy adalah kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser rahim dan juga kanser prostat.

2. Menjaga kesihatan mata

Sayur Bok Choy juga turut mengandungi karotenoid terutama sekali beta karoten sebagai antioksidan yang mampu menjaga kesihatan mata. Mengamalkan makan karotenoid juga sangat terbukti menurunkan risiko degenerasi makula.

3. Menurunkan tekanan darah

Bok Choy juga mengandungi sedikit kandungan natrium yang boleh membantu menstabilkan tekanan darah. Pada masa yang sama, sayur ini juga mengandungi kalium.

4. Membekalkan kandungan vitamin

Di samping terendah akan kalori, bebas lemak dan pelbagai jenis mineral penting, sayur Bok Choy juga tinggi dengan vitamin A, C. B6, K dan asid folik.

Tidak rugi jika anda meminati makan sayuran Bok Choy. Bukan hanya sedap, sayuran jenis ini juga terkandung banyak jenis khasit yang baik untuk tubuh badan manusia. Sekian petikan dari Dokter.id.

Akhbarkini