Jangan Lakukan 9 Perkara Ini Semasa Perut Kosong

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me


Berikut adalah beberapa yang hendaklah dielak semasa perut kosong, iaitu sekitar 2 jam selepas makan.

Pepatah Inggeris ada mengatakan You are what you eat. Kajian menunjukkan apa yang anda ‘telan’ semasa perut kosong bakal memberikan kesan negatif pada diri anda.

Berikut adalah beberapa yang hendaklah dielak semasa perut kosong, iaitu sekitar 2 jam selepas makan.

1. Ubat Anti Radang

Pengambilan ubat anti radang seperti Asprin dan Paracetamol boleh menghilangkan kesakitan dan keradangan tetapi pengambilannya  sewaktu perut kosong boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Antaranya termasuk pendarahan dalam perut, sakit perut, pendarahan ulser dan kemungkinan ubatnya tidak memberi kesan langsung.

Nasihat:

– Minum susu

– Minum air dalam kuantiti yang banyak

– Jangan sesekali minum ubat anti radang bersama dengan minuman keras

2. Meminum Kopi

Pengambilan kopi semasa perut kosong bakal menambahkan kandungan asid di dalam perut yang boleh membawa kesan sampingan kepada kesihatan kita pada masa yang akan datang.

Kadar asid yang tinggi dalam perut boleh membahayakan sistem penghadaman anda dan mengundang masalah-masalah lain seperti pengeluapan asid dan pedih ulu hati.

 Nasihat:

– Makan sebelum minum kopi

– Tambah susu/krim pada kopi

– Minum kopi semulajadi

3. Pengambilan Minuman Beralkohol

Pengambilan minuman beralkohol semasa perut kosong boleh menyebabkan penyerapan alkohol dua kali ganda lebih laju. Ianya bakal membuatkan seseorang itu menjadi mudah mabuk. Selain itu, individu yang kerap mengambil minuman keras semasa perut kosong lebih berisiko untuk mengalami kesan negatif dalam jangka masa panjang pada tinggi hati, buah pinggang dan jantung.

Nasihat:

– Gantikan minuman tersebut dengan air sejuk biasa

– Makan sebelum minum alkohol; makanan yang ada mentega atau yang berlemak lebih baik

– Untuk menghilangkan kesan mabuk, makan makanan yang mempunyai elektrolit

4. Mengunyah Gula-Gula Getah

Habit ini membuatkan perut mengeluarkan lebih asid untuk penghadaman makanan yang lebih banyak. Asid berlebihan ini berbahaya kepada lapisan perut.

Nasihat:

– Kunyah tidak lebih dari 10 minit sahaja

5. Tidur

Tidur semasa perut kosong boleh menurunkan paras glukosa dan menyebabkan sakit seperti kelaparan yang akan mengganggu kualiti tidur. Selain itu, ianya akan memberi impak negatif, menambahkan selera makan dan membuat badan rasa lebih penat dan seperti tiada tenaga.

Dalam beberapa kes tidur lambat dan tidak makan dalam jangka masa yang lebih lama, ia boleh melemahkan sistem imunisasi dan berisiko untuk menghidap kanser.

Nasihat:

– Amalkam meminum susu hangat

6. Senaman Yang Berat

Sekiranya diamalkan juga, kemungkinan ia akan mengurangkan otot dan bukannya lemak. Ia juga akan menyebabkan badan menjadi lebih penat.

Nasihat:

– Gantikan dengan aktiviti aerobik

– Jika anda mengalami masalah penghadaman, makan sedikit sebelum senaman, dan makan juga selepas senaman untuk kurangkan asid dalam perut

7. Membeli belah

Semasa kelaparan, perasaan ‘mengidam’ menjadi semakin bertambah dan sekiranya kita mula membeli-belah, kita berkemungkinan untuk membeli lebih banyak benda yang kita mungkin tidak perlukan.

Nasihat:

– Buat senarai barang untuk dibeli

– Tidak membawa kad kredit jika keluar

– Mengumpul & menggunakan kupon

8. Meminum Jus Sitrus

Jus sitrus boleh menyebabkan perut merasa kurang selesa dan seterusnya boleh membawa kepada masalah gastrik.

Nasihat:

– Cairkan jus dengan menambah air putih jika jus tersebut jus semulajadi

9. Pertengkaran

Kelaparan membuatkan seseorang bersikap kurang rasional. Perkara ini disebabkan otak dan badan kekurangan tenaga. Kekurangan tenaga bakal membuatkan kita lebih mudah marah.

Nasihat:

– Tenangkan diri, duduk, mungkin hirup air hangat

– Duduk dan bincang bersama-sama

– Makan sedikit

Apa yang perlu dilakukan semasa kelaparan (selain makan):

– Menyelesaikan masalah : Orang zaman dahulu menyelesaikan pelbagai masalah untuk mencari makanan. Hormon ghrelin berfungsi lebih lagi semasa perut kelaparan. Hormon tersebut membuatkan otak berfungsi untuk menyelesaikan masalah.

– Membuat keputusan : Akibat kelaparan, otak dapat membuat keputusan dengan lebih pantas. Walau bagaimanapun, jangan membuat keputusan-keputusan yang penting dengan cara ini.

Sumber: blogmazeer