“Pelukan Terakhir Sebelum Pergi…” - Selamat Jalan Ibuku..

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me


Nenek Paut Batang Pokok Selamatkan Cucu Dalam Banjir Paras Bumbung, Namun Sehari Lepas Tu Dia Pergi Buat Selamanya –

Indonesia sekali lagi digemparkan dengan bencana yang cukup dahsyat, apabila Sulawesi Selatan dilanda banjir buruk sehingga menyebabkan tanah runtuh sejak selasa lepas yang sehingga kini mengorbankan 26 nyawa, puluhan hilang dan lebih 5000 kehilangan tempat tinggal.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), kawasan yang terjejas banjir melibatkan Kota Makassar dan enam kabupaten lain iaitu Gowa, Takalar, Jeneponto, Maros, Pangkep dan Barru.

Namun satu kisah yang mendapat perhatian ramai apabila seorang nenek merangkul pokok didalam banjir sambil memeluk erat cucunya, meskipun paras air ketika itu hampir di paras lehernya..alahai ni yang buat admin nak nangis ni..

Nenek berpaut 3 jam dalam banjir sambil peluk cucu


Gambar Nur Janna Djalil berpaut pada sebatang pohon sambil memeluk erat cucunya yang berumur 2 tahun, Waliziab Muhammad Nur jadi viral sekelip mata.

Kejadian dipercayai berlaku di Kompleks BTM Zigma Royal Part, Keluarahan Pangkabinaga, Kecamatan Pallanga di Kabupaten Gowa pada Selasa lalu.

Pemilik akaun instagram @anandadina yang juga anak kepada Nur Janna Djalil menceritakan kronologi kejadian yang berlaku di instagramnya, malah foto tersebut dia sendiri yang mengambilnya ketika itu.

Ananda berkata handphonenya waktu itu dah nak habis bateri, so disebabkan dia nak maklumkan kepada keluarga maka dia hantar gambar dan voicenote je sebab screen dia basah, susah nak hantar whatsapp.

Iya ini ibu saya dan keponakan saya wali,keadaannya sekarang alhamdulillah sudah selamat.Yang nanya siapa yang foto, itu saya yang foto.

Kerana pada posisi itu hp saya sudah mau mati, ngetik juga susah kerana layarnya basah kena air hujan, makanya saya ambil foto untuk kakak saya biar dia tau lokasi saya dan ibu saya dimana.

Kenapa saya ga nolongin ?

Saya tak tahu berenang, boleh dilihat jarak saya dan ibu saya hanya beza beberapa meter.



Dia memaklumkan bantuan tiba selepas 3 jam Nur Janna Djalil dan Waliziab berada di dalam banjir, sejurus itu mereka terus dibawa ke klinik untuk mendapat rawatan.

Nur Jannna dikatakan baik-baik sahaja selepas kejadian itu, sebelum dia mengadu penglihatannya kabur dan dibawa berobat ke Rumah Sakit Syekh Yusuf, Gowa untuk dirawat..allahu kenapa pulak ni?

Bagaimanapun setelah hampir sejam dirawat, Nur Janna pergi buat selama-lamanya.

“Almarhum sehabis selamat dari banjir tidak ada keluhan

namun kemarin sore tiba-tiba mengeluh gelap penglihatan dan akhirnya meninggal dunia.

Almarhum akan dikebumikan di kampung kami, Kabupaten Luwu, setelah Zuhur,”

Meninggal kerana serangan jantung.



Nenek meninggl selepas selamatkan cucu



Semoga arwah ditempatkan bersama kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, amin.