Susu Basi Rupanya Masih Boleh Dipakai

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me


Kebiasaannya, susu akan mula memburuk dan basi dalam tempoh masa 3 hari selepas tamatnya tarikh luputnya. Sekiranya susu itu masih belum dibuka, maka susu itu masih boleh bertahan dan digunakan sekurang-kurangnya 2 minggu.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui manfaat susu basi ini bukan? Ada di kalangan masyarakat di luar sana apabila melihat susu sudah basi mereka akan terus membuang tanpa memikirkan apa-apa.

Susu Basi Boleh Dipakai

Tahukah anda, susu yang sudah basi juga masih ada banyak kegunaannya. Jika terdapat susu basi di dalam rumah janganlah terus dibuang. Simpan dan lihat apa manfaat yang boleh kita lakukan dari susu yang sudah basi.

Berikut merupakan beberapa manfaat susu basi yang boleh digunakan tanpa perlu dibuang.

1. Dijadikan sebagai keju

Bahan utama untuk membuat keju adalah dari susu yang sudah basi. Membuat keju cottage menggunakan susu basi dengan cara mengukusnya (seperti mencairkan coklat) sehinggalah susu cair secara keseluruhanya.

Selepas itu,gunakan penapis bagi mengeluarkan ketulan yang belum cair dan tambahkan dengan krim, garam dan sedikit lada untuk menambahkan perasa pada keju.

Cara menghasilkan keju dari susu basi juga boleh menggunakan kaedah seperti menapisnya dengan menggunakan kain seperti menapis susu soya. Gulungkan kain kemudian gantungkan ke dalam mangkuk dan barulah diletakkan ke dalam peti sejuk. Bila sudah tiada titisan air, keju sudah siap untuk dimakan.

2. Kecantikan

Susu asid merupakan bahan semulajadi yang selalu kita jumpa pada setiap topeng wajah. Ia mampu melicinkan kulit secara semulajadi. Anda boleh sapukan susu masam ke seluruh kulit wajah dan biarkan sehingga kering. Setelah kering anda boleh bilaskan dengan menggunakan air susu dan air bersih.

3. Menyuburkan tanaman

Di samping itu, susu basi juga berkesan untuk memberikan kesuburan pada tanaman. Pada masa yang sama, susu basi juga boleh mengilatkan bahan perak dengan cara merendamkan barangan perak anda untuk semalaman. Semoga bermanfaat untuk anda.

Sumber: bukanaku