Kisah ini berlaku di sebuah 7E di Pontian. Agak-agak 7E yang mana satu ye? Jom baca!

Kesian kat abang ni dalam mengharungi ujian rumahtangganya yang bukan semua lelaki KUAT untuk menghadapinya..

Part 1

Mula-mula abang ni mintak izin banyak kali dengan aku nak lepak 7e lama sikit… Jadi aku pon ckp dengan dia

‘lepak je bang, no hal lah’

sampai lahh dalam satu masa yg agak lama… Baru lah abang tu ceritakan apa masalah sebenarnya sampai nak lepak situ daripada malam tu sampai lah ke subuh…

Part 2

Abang ni pon ceritalah… Yang dia duduk dekat Ulu Pulai… Datang Pontian sebab nak ker rumah mertua dengan anak bini sebab adik ipar dia nak nikah harini… mula-mula dia suggestkan bini just datang hari ni bukan malam semalam sebab anak kecil dia tak sihat… TAPI bini dia berkeras nak datang jugak… Sampai lah dekat sana..Tiba untuk solat isyak.. Bini dia paksa dia bwk anak dia pergi surau ikut solat sekali… Pada mulanya dia keberatan.. Sebab anak dia tak sihat… Tapi selepas ditengking oleh bini dia sendiri depan mak mertua dan pakcik2 yg ada dalam rumah tu… Dia bawak jugak… Kesian plak dengaar cerita abang ni… tapi aku layankn aje.. ye lah orang nak luahkan perasaan kita dengar je la….

Part 3

selepas balik solat isyak.. Dia ajak bini dia balik rumah… Then…. Bini dia still membebel2 dan marah2 depan orang ramai.. Sampai bersuara depan orang ramai yg dia ni tak reti jaga anak… Dia memang dah takleh tahan dah… Dia sendiri cakap.. Yg dia ni tak reti nak marah orang aper tah lagi nak tangankan bini dia yang mulut LANCANG tu… Then dia just bagi kunci kereta & rumah pada dia… Dan dia mula berjalan kaki drpd RAMBAH ker TAMBAK PONTIAN… Pada awalnya dia nak ker bank untuk cucuk duit dan balik rumah naik teksi.. Tapi da pukul 12AM.. Pintu bank da terkunci.. Maka plan dia terbantut…

Part 4

Korang tahu apa plan dia lepastu?? Dia nak sambung jln kaki drpd TAMBAK PONTIAN ker ULU PULAI.. Siap kira2 jam dlm pukul 4 pagi sampai rumah!!! Tapi terkenangkan ada tasik gelap dengan kubur cina tepi jalan.. Tak jadik dia nak balik… Terus lahh lepak dkt 7E tu sampai ke subuh… Benda ni memang nampak remeh.. Tapi bila ikut soal hati.. Aku memang kesiankan abg ni… Dia punya tahap merajuk tu sampai sanggup seksa badan sendiri untuk elakkan diri dia drpd marah balik bini dia….

Part 5

Dia dduk dekat depan tu sambil minta tolong charge kn phone dia dan last2 tertido dekat kerusi tu.. Dia pesan kalau ada orang call or miss call bagi tahu dia… Malangnya drpd mlm t sampai la ke subuh… Takde sorang pon yg call or cari dia… Dlm pukul 5 lebih masa aku cleaning store… Dia lepak luar kedai tunggu azan subuh… Planning dia nak solat subuh dekat surau depan tu dan naik bas ker bandar utk cucuk duit dan balik ker rumah dia… Abes jer azan dia terus dtg jumpa aku dan bersalam.. Dan ucapkan terima kasih sambil mengeluarkan satu senyuman yg aku dpt tahu sgt2 dia hampir2 nangis saat tu…

Ketabahan dan kesabaran abg ni mmg xder langsung pada aku… Sedih lihat keadaan dia.. Jujur aku ckp dia ni mmg lurus orang nya… Sebab sambil dia luahkan masalah dia dekat aku tu….Dia masih mampu senyum dan ketawa… Tak tunjuk langsung reaksi wajah dia yg dia tgh kusut.. Pengajarannya… Jika sudah berpasangan… Lagi2 sudah ada ikatan yg sah… Jaga lah pasangan anda sehabis baik… Bukan dari segi fizikal… Malah hati dia juga.. Kaum WANITA anda WAJIB tahu… Yg Kaum LELAKI juga ada HATI PERASAAN DAN MARUAH mereka perlu dijaga seperti mana yg anda mahu….Jaga hati dia Lagi2 kalau betul nak dan dah kahwin dengan dia… Jgn sampai jadi nusyuz.. Sebab syurga seorang isteri terletak pada redha suami…

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Akhbarkini