Kami membawa kembali kisah 4 anggota tubuh Rasulullah, Nabi junjungan kita yang masih boleh kita lihat sehingga sekarang…subhanallah!

Nabi Muhammad merupakan Nabi bagi umat muslim di seluruh dunia. Meskipun baginda sudah meninggal ribuan tahun silam, namun baginda begitu dirindui dan dicintai oleh jutaan umatnya saat ini. Namun tidak ada pengubat rindu yang dapat meredakan rasa kerinduan umatnya. Sebagai salah satu penting dalam sejarah, tidak satupun orang yang mengetahui bagaimana rupa asli Rasulullah SAW.

Hal ini kerana ada larangan untuk melukis wajah Nabi, agar terlindungi dari persekutuan pada Tuhan jika pengikutnya mengenal rupa Nabi Muhammad. Namun ada beberapa bahagian tubuh Nabi yang tersimpan rapi di Muzium Topkapi di Ibu Kota Istanbul, Turki. Mungkin ini sedikit menghilangkan kerinduan umat terhadap baginda Rasulullah SAW.

Janggut Nabi Muhammad




Janggut yang tersimpan di Muzium Topkapi ini disebut-sebut janggut yang dicukur terus dari dagu Nabi. Tukang cukur peribadinya bernama Salman membawa pulang janggut Nabi yang dicukurnya. Konon berdasarkan riwayat, bahagian tubuh Rasulullah SAW adalah berkah, sehingga orang pada masa itu berlumba-lumba untuk memiliki bahagian dari tubuhnya. Janggut ini punya nama iaitu Sakali Serif. Ia kini disimpan dalam sebuah kotak kaca di Muzium Topkapi, Turki.

Cetakan Telapak Kaki Nabi Muhammad




Rasulullah selalu meninggalkan jejak kakinya di atas tanah setiap kali melangkah. Di Timur tengah, banyak yang memberitahu menemui jejak kaki yang dirasakan milik Nabi Muhammad. Mulai dari masjid, hingga muzium. Namun paling teruji keasliannya ialah jejak kaki yang ada di muzium Topkapi, Turki.

Gigi Nabi Muhammad




Bahagian tubuh lain yang juga masih ada adalah gigi Rasulullah. Gigi ini ditemui di Bukit Uhud, yang menjadi tempat terjadi Perang Uhud. Pada perang tersebut awalnya tentera muslimin mendapat kemenangan, namun kerana strategi Muhammad tidak dipatuhi bala tenteranya, mereka pun akhirnya mengalami kekalahan. Nabi pun diserang habis-habisan oleh tentera musuh. Baginda kehilangan empat giginya. Dari empat gigi yang hilang hanya dua berjaya ditemui di Bukit Uhud, Madinah, Arab Saudi. Salah satunya ada di muzium Topkapi, Turki.

Helaian Rambut Nabi Muhammad




Rambut juga menjadi bahagian yang masih tersisa dari tubuh Nabi hingga saat ini. Layaknya janggut, rambut Nabi juga menjadi berkah bagi siapapun yang memilki. Bahkan ada kisah ketika muslim berperang, seorang sahabat sibuk mencari-cari rambut nabi Muhammad yang jatuh dari serbannya. Ketika ditanya, beliau menjawab “Aku sedang mencari rambut Nabi yang kusimpan di serbanku, rambut inilah yang membawa keberkahan,”

Dikatakan dalam kesaksian para sahabat, rambut Rasulullah panjang sebahu dan tebal serta sering terjurai dan gugur. Rambut ini sering dipungut para sahabatnya dan disimpan. Beberapa helai rambut yang memutih milik Nabi Muhammad ada di sebuah kotak kaca di museum Topkapi, Turki.

Fizikal Rasulullah Muhammad

Susuk tubuh Rasulullah SAW digambarkan oleh salah satu isterinya Aisyah, sepupunya Ali bin Abi Thalib, para sahabatnya, serta Abu Taufik orang terakhir yang masih hidup yang kala itu sempat melihat susuk tubuhnya secara langsung, yakni Muhammad memiliki rambut ikal hingga bahu.

Kulit putih kemerah-merahan, wajah seakan-akan bulat dengan mata hitam dan bulu mata panjang.

Tidak berkumis dan berjanggut sepanjang telapak tangannya, tulang kepala besar dan bahu lebar. Berperawakan sederhana. Jari jemari tangan dan kaki tebal dan lentik memanjang.

Langkah kakinya cepat dan tidak pernah menancapkan kedua telapak kaki dengan langkah yang cepat dan pasti. Muhammad disifatkan sangat unik oleh para sahabatnya.

Muhammad digambarkan sebagai orang yang berkulit putih dan berjanggut hitam.

Dalam hadis lain diterangkan mengenai bentuk fizikal Nabi Muhammad, iaitu bertubuh sedang, kulitnya berwarna cerah tidak terlalu putih dan tidak pula hitam, dan rambutnya agak berombak.

Ketika Muhammad wafat, uban yang tumbuh di rambut dan janggutnya masih sedikit.

Saidina Ali menambahkan bahawa Muhammad memiliki rambut lurus sedikit berombak, berpostur tubuh tidak gemuk dan tidak terlalu besar, berperawakan baik dan tegak.

Warna kulit cerah, matanya hitam dengan bulu mata yang panjang.

Sendi tulang yang kuat, dada, tangan, dan kakinya tegap.

Tidak memiliki bulu yang tebal tetapi hanya tipis dari dada sampai pusarnya.

Jika berbicara dengan seseorang, maka ia akan menghadapkan wajahnya kepada orang tersebut dengan penuh perhatian.

Di antara bahunya ada tanda kenabian.

Muhammad orang yang baik hatinya dan paling jujur, orang yang paling dirindui dan sebaik-baiknya keturunan.

Siapa saja yang mendekati dan bergaul dengannya maka akan terus merasai dihormati, menghargai dan mencintainya.

Hidungnya agak melengkung dan berkilat jika terkena cahaya serta tampak agak menonjol jika pertama kali melihatnya padahal sebenarnya tidak.

Berjanggut nipis tapi penuh rata sampai pipi.

Mulutnya sedang, giginya putih cemerlang dan agak renggang.

Dada dan pinggangnya seimbang dengan ukurannya.

Lengan dan dada bagian atas berbulu, pergelangan tangannya cukup panjang, telapak tangannya agak lebar serta tangan dan kakinya berisi, jari-jari tangan dan kaki cukup langsing.

Jika berjalan agak condong ke depan melangkah dengan anggun serta berjalan dengan cepat dan sering melihat ke bawah daripada ke atas.

Selalu berjalan agak di belakang, terutama jika saat melakukan perjalanan jarak jauh dan ia selalu menyapa orang lain terlebih dahulu.

Dari kisah Jabir bin Samurah meriwayatkan bahwa Muhammad memiliki mulut yang agak lebar, di matanya terlihat juga garis-garis merahnya, serta tumitnya langsing.

Jabir (ra) juga meriwayatkan bahwa ia berkesempatan melihat Muhammad di bawah sinar bulan, ia juga memperhatikan pula bulan tersebut, baginya Muhammad lebih indah dari bulan tersebut.

Abu Ishaq mengemukakan bahwa, Bara’a bin Aazib pernah berkata, bahwa rona Muhammad lebih mirip purnama yang cerah.

Abu Hurairah mengatakan bahawa Muhammad sangatlah rupawan, seperti dibentuk dari perak.

Rambutnya cenderung berombak dan Abu Hurairah belum pernah melihat orang yang lebih baik dan lebih tampan dari Muhammad.

Said al Jahiri mengatakan bahwa ia pernah mendengar Abu Taufik berkata bahwa pada saat ini tidak ada lagi orang yang masih hidup yang pernah melihat secara langsung Muhammad kecuali dirinya sendiri, ia mengatakan bahawa Nabi Muhammad memiliki bentuk muka sangat cerah dan beperwatakan sangat baik.

Ibnu Abbas mengatakan bahawa gigi depan Muhammad agak renggang tidak terlalu rapat dan jika berbicara nampak putih berkilau.

Akhbarkini