INILAH 13 KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me


SUBHANALLAH!! Inilah 13 Kelebihan Membaca Surah Al-Fatihah Yang Perlu Kita Ketahui…Semoga Bermanfaat | Setiap kita membaca ayat – ayat Al-Quran pasti ada malaikat yang menulis pahala untuk kita.

Tapi tahukah anda selain mendapat pahala membaca tiap ayat Al-Quran, Allah meletakkan kelebihan – kelebihan tersendiri pada setiap huruf, ayat, bahkan surah dalam Al-Quran, seperti kelebihan membaca surah al fatihah berikut ini:

Dengan melihat hadis-hadis dalam kitab Khazinatu al-Asrar hal. 108-115, dapat disimpulkan beberapa kelebihan membaca surah Al-Fatihah, antara lain:

1. Diampuni dosa

2. Diterima kebaikan

3. Aman dari Marah Allah swt.

4. Dibebaskan lidah pembacanya dari Api neraka

5. Terlepas dari azab kubur, azab neraka, dan azab hari kiamat

6. Berjumpa dengan Allah swt. sebelum para ambiya dan para Aulia

7. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah ia telah membaca kitab taurat, injil, zabur, Al-Quran, suhuf Idris As., Dan suhuf Ibrahim As. tujuh kali.

8. Mendapat darjat yang tinggi dalam syurga.

9. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah ia telah menyedekahkan emas di jalan Allah s.w.t.

10. Setiap satu ayat dari Al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka

11. Rumah yang dibacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas tidak akan ditimpa kefakiran dan banyak kebaikan.

12. Membaca surah Al-fatihah, ayat kursi, dan dua ayat dari Ali Imran setiap selesai solat akan dibalas oleh Allah swt. dengan syurga, dipandang oleh Allah swt. 70 kali setiap hari, ditunaikan hajat, dimenangi dari musuh dan pendengki.

13. Membaca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas sebelum tidur akan mendapat keselamatan dari apa-apa kecuali maut.

Jadi apa yang membuat kita malas membaca Al-Quran? bukankah setiap hurufnya diberi pahala oleh Allah, mari kita biasakan membaca Al-Quran, sekurang – kurangnya satu hari satu ayat.

Semoga kita semua termasuk orang – orang yang gemar membaca al quran, dan masuk syurga-Nya kelak di hari kiamat . Aamiin Wallahu A’lam.

Sekian Terima Kasih.

Akhbarkini

Post a comment

0 Comments