Petua Masuk Rumah Baru Mengikut Adab

Petua Masuk Rumah Baru Mengikut Adab

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Petua Masuk Rumah Baru Mengikut Adab Islam | AZAN – Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis..Rasulullah S.A.W.

Pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa Penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (Jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar)

Yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak Berpenghuni. Baca Surah Al-Baqarah – Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti Kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quraan – Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki…



Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyak kan Solat dan membaca Al-Quraan.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin…Al-Fatihah dan Al-Ikhlas.
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya Tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan….

Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali – surah Al-Ikhlas 3 kali – selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali – ayat Kursi 1 kali – tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?




Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Post a comment

0 Comments