Sama ada baharu berkahwin atau sudah lama, tentu anda mengimpikan layanan yang romantik dan penuh kasih sayang daripada pasangan. Ramai yang menganggap, istilah romantik hanya terletak pada kalimat ‘I LOVE YOU’ semata-mata.

Hakikatnya, nak menjadi pasangan yang romantik tidaklah sesukar mana. Buktinya, anda boleh amalkan tip-tip romantik suami isteri ini agar rumah tangga yang dibina terus kekal bahagia.

1. Isteri Bersalaman & Mencium Tangan Suami

Sikap romantik boleh digambarkan apabila isteri bersalaman dan mencium tangan suami tanpa mengira masa. Selain meraih pahala, amalan ini juga menunjukkan sebuah penghormatan dan penghargaan isteri terhadap suaminya kerana dengan tangan itulah, suami bekerja mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak.

2. Suami Memeluk & Mencium Pipi Isteri

Isteri juga inginkan penghargaan daripada suaminya. Selepas bersalaman, peluklah isteri dengan penuh kasih sayang dan ciumlah pipi antara satu sama lain. Apabila suami memeluk isteri dengan erat, ia memberi gambaran bahawa isteri adalah anugerah Allah yang terindah untuk anda, malah isteri akan merasakan yang dialah satu-satunya wanita yang anda cintai dan hargai.

3. Peluk Isteri Dari Belakang & Cium Lehernya

Buatlah kejutan dengan memeluk erat isteri dari belakang sambil mencium lehernya. Kejutan ini akan akan membuatkan isteri tersenyum sampai ke telinga dengan aksi romantik suaminya.

4. Mandi Bersama Sambil Bergurau Senda

Tentu ramai masih yang malu-malu nak mandi bersama pasangan. Percayalah amalan mandi bersama ini akan lebih mengeratkan hubungan anda berdua apatah lagi jika kalian masih belum mempunyai anak. Mandilah bersama sambil bergurau senda, namun pastikan anda berdua menjaga aurat di dalam bilik mandi.

5. Jangan Malu Kentut Depan Pasangan

Kebanyakan lelaki sinonim untuk kentut tanpa rasa malu apatah lagi setelah berkahwin, namun sangat jarang isteri melakukan sedemikian di hadapan suami. Bagi isteri, kentut boleh mencatatkan penampilannya sekali gus merosakkan kesempurnaan dirinya sebagai seorang isteri.

Namun lain pula pandangan laman web Save Marriage Forever kerana ia menyarankan pasangan suami isteri untuk tidak menyembunyikan kentutnya. Bayangkan apabila kedengaran bunyi kentut pasangan, pasti ia akan diiringi dengan gelak ketawa yang boleh menambahkan lagi kemesraan dan ro mantik anda berdua.

Jika anda sudah seia sekata menerima seadanya pasangan, masakan kentut menjadi satu perkara besar? (Tapi ingat tau! Hanya lakukan di rumah sahaja saat anda berdua…)

6. Mencubit Manja & Mengusap Punggung Isteri

Tambahkan aksi romantik dalam rumah tangga dengan aktiviti usik-mengusik. Bayangkan jika suami mencubit punggung isterinya secara manja untuk tujuan bergurau senda tentu sahaja akan mencipta mood gembira dalam diri isteri dengan aksi suaminya itu.

Tambah membahagiakan apabila selepas mencubit punggung isteri, suami mengusap punggung isteri dengan lembut. Percayalah dengan sentuhan manja ini akan mengarahkan anda berdua untuk meneruskan aktiviti hubungan intim pula selepas itu. Tentu seronok, kan?

7. Bermaafan Sebelum Tidur

Sebelum tidur adalah lebih baik sekiranya anda bedua saling bermaafan kerana kita tidak tahu bilakah ajal akan menjemput kita. Tambahkan kemanisan dalam rumah tangga dengan bersalaman sebelum masing-masing tidur. Jika pasangan anda sudah tidur, lakukan aksi romantik secara diam dengan menatap wajahnya sambil mencium pipinya.

8. Suami Hulurkan Lengan Sebagai Bantal

Saat ingin tidur perkara yang sweet apabila suami menghulurkan lengannya untuk anda jadikan bantal. Wah! Gerenti berbunga-bunga perasaan anda ketika itu. Malah menurut kajian MOHEMA, Isteri yang tidur berbantalkan lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap tujuh hingga lapan dalam tahap lena tidur. Sebelum lakukan amalan ini, pastikan suami membersihkan ketiak mereka terlebih dahulu ya.

9. Solat Berjemaah Bersama-Sama

Bersolat jemaah bersama suami haruslah dimulakan dari hari pertama sah menjadi suami isteri. Ia mempunyai banyak ganjaran iaitu mendapat 27 darjat pahala apabila amalan ini dilakukan bersama. Sangat digalakkan apabila sesudah bersolat, anda berdua membaca Al-Quran sambil suami menyemak bacaan isteri. Lebih afdal hubungan anda berdua sambil bila-bila.

Akhbarkini