Doa pengasih ini adalah salah satu usaha juga untuk membuahkan cinta antara suami isteri dan melembutkan hati pasangan supaya tidak jatuh cinta pada orang lain. Akan tetapi, bertapa pentingnya kita perlu lihat doa apa yang digunakan? Jangan pula guna jampi serapah sehingga membuatkan akidah terpesong! Itu syirik namanya! Ingat tu, sebaiknya gunalah al-quran untuk dijadikan doa pengasih sebagai amalan setiap hari agar cinta, kasih sayang sentiasa berputik di dalam hati setiap pasangan.

Contoh Doa Pengasih Suami Isteri

Di sini terdapat beberapa contoh doa pengasih untuk anda mengikat kasih sayang pasangan anda supaya pasangan sentiasa jatuh cinta pada anda!

Seeloknya bacalah ayat doa pengasih ini setiap hari sebagai rutin wajib anda demi menjaga keharmonian rumah tangga anda bersama si dia yang tercinta! Semoga dengan doa pengasih ini menjadikan apa yang dihajati menjadi kenyataan dan rumah tangga sejahtera bahagia selalu.

1. Surah Al-Syura (ayat 19)


Amalkan baca ayat pengasih dalam surah Al-Syura ayat 19 ini untuk melembutkan hati pasangan anda. Seeloknya amalkan setiap hari selepas solat. Ia akan mengikat cinta dan kasih sayang anda. InshaAllah niat yang baik Allah permudahkan. Selamat beramal!

2. Surah Taha (Ayat 1-8)

Untuk jadikan rumah tangga sentiasa gembira bukannya mudah, perselisihan faham perkara biasa. Kadangkala ego menguasai diri pon akan mengeruhkan lagi keadaan dengan pasangan kita tu!

Jadi, Surah Taha ayat 1-8 juga elok diamalkan untuk dijadikan sebagai doa pengasih. Sebaiknya anda hafal surah ini kerana ayat ini ayat yang pendek sahaja dan mudah untuk dihafal. Ia juga boleh melembutkan hati pasangan dan setiap orang yang melihat anda. Orang akan senang hati dan selesa apabila bersama dengan anda.

3. Surah Taha (Ayat 39)


Ayat pengasih dalam surah taha ayat 39 adalah tentang Nabi Musa, iaitu apabila setiap orang memandang Nabi Musa, maka mereka akan merasa sayang kepadanya. Jadi, ayat ini juga sesuai digunakan kepada pasangan suami isteri untuk membuatkan pasangan anda suami/isteri terpikat pada anda.

Amalkan membaca ayat ini setiap hari lebih kurang 3 kali sehari. Untuk menambahkan lagi kasih sayangnya terhadap anda, lebih baik dibaca semasa anda masak atau hembus di dalam makanan yang anda hidangkan kepadanya. Selain itu, cara lain anda baca ayat ini dan sapu pada ubun-ubunnya dan mukanya. Niat dan doa pada Allah SWT untuk membuatkan pasangan anda sejuk hati dan cinta pada anda.

4. Surah Ali-Imran (Ayat 31)


Setiap ayat pengasih ada kelebihan yang tersendiri, kita yang mengamalkannya seharusnya pasangkan niat yang betul untuk berdoa pada Allah. Setiap doa dan niat yang baik itu, Allah akan dengar supaya DIA memperkenankan setiap permintaan hambaNYA ini. Oleh itu, ayat pengasih dari surah Ali-Imran ayat 31 ini boleh dibaca setiap hari.

Amalkan membaca ayat ini semasa anda ingin mengurut leher,badan, pinggang dan leher suami anda. Niat pada Allah agar suami anda sentiasa menyayangi anda sampai bila-bila. Moga dengan amalan ayat ini akan membuatkan suami anda tidak pandang dan tidak cari perempuan lain! InshaAllah, yakin dengan kuasaNYA moga makbul apa yang dihajati.

5. Surah Al-Qadr

Surah Al-Qadr bermaksud kemuliaan. Dinamakan Al-Qadr kerana menunjukkan Al-Quran diturunkan pada malam lailatul qadar. Surah ini adalah surah yang boleh diamalkan sebagai ayat pengasih. Seeloknya baca ayat ini dan sapu pada ubun-ubun isteri atau suami anda. Anda juga boleh membaca ayat ini semasa bersetubuh.

Ia akan membuatkan hubungan anda bersama pasangan dalam keadaan baik, tenang, romantik dan berkasih sayang. Amalkan setiap hari ayat ini dan niat ikhlas supaya hubungan rumah tangga bahagia kekal abadi. Dengan izin Allah, Allah akan kabulkan doa anda nanti.

6. Surah Al-Insyirah

Setiap rumah tangga mahu disayangi dan dicintai selalu. Apatah lagi seorang isteri yang jiwa lembut dan sentiasa nak perhatian suami! Untuk menambat hati suami setiap hari, cuba amalkan surah Al-Insyirah ini selepas solat.

Baca sambil tadah tangan dan tiup sapu ke seluruh wajah anda. Sambil baca, niat supaya suami pandang anda dengan rasa yang tenang dan sayang anda. Dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, suami anda akan sayang selalu! Cuba amalkan selalu ya..

7. Surah Ali-Imran (Ayat 200)


Kadangkala dalam rumah tangga, ada juga terdapat isteri yang suka keluar rumah tanpa minta izin pada suaminya terlebih dahulu, sedangkan ianya wajib untuk minta izin!

Jadi jika anda sebagai suami mahu isteri lembut hati, amalkn ayat pengasih surah Ali Imran ayat yg ke 200 ini, ini akan membuatkan isteri menjadi lembut hati, dengar kata dan pergi mana-mana sudah tentu dia akan minta izin pada anda.

Amalkanlah ayat ini dan niat supaya isteri anda mendengar kata. InshaAllah dengan izinNYA isteri akan menjadi lebih baik dan rumah tangga harmonis sejahtera.

8. Surah Yusuf (Ayat 4)

Ayat pengasih dalam Surah yusuf ayat 4 ini sering diamalkan oleh ramai orang. Ayatnya juga pendek dah mudah dihafal. Kebaikan amal ayat ini akan membuat seseorang yang benci menjadi sayang apabila melihat wajah kita.

Namun begitu, ayat pengasih ini bukan sahaja untuk suami isteri, tapi bagi mereka yang ingin mencari jodoh juga boleh amalkan ayat ini supaya nampak cantik/ tampan bagi orang lain yang memandang wajahnya. Sebaiknya amalkan 3kali atau 7 kali setiap hari bila-bila masa sahaja. Baca dan niat untuk dikasihi oleh suami atau isteri. Berdoa bersungguh-sungguh supaya dapat aura pengasihan ini.

9. 7 Zikir (Ya Latif, Ya Rahman, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Rahim, Ya Waddud, Ya Jabbar )

Nama-nama Allah ada di dalam Asma Ul-Husna, Allah itu Maha Esa dan mempunyai sifat yang baik. Zikir nama Allah ini boleh dijadikan sebagai ayat pengasih juga. Jadikan ia sebagai rutin harian anda untuk menyebut nama Allah ini. Ya latif bermaksud maha lembut, bacalah setiap hari agar pasangan kita sentiasa lembut hati dalam setiap urusan rumah tangga yang dibuat bersama kita.

Namun begitu, Ya rahim yang bermaksud penyayang. Sebut banyak kali supaya pasangan kita sentiasa sayang kita. Di tambah juga dengan zikir yang lain seperti Ya Hayyu dan Ya Qayyum. Amalkan setiap hari nama-nama Allah ini sambil ingat wajah pasangan anda!

Moga dengan cara ini membuatkan rumah tangga bahagia seperti sinaran bintang di langit. Selain itu, sifat Allah Ya Waddud bermaksud yang maha mencintai. Amalkan ya waddud ulang banyak kali dan sapu pada ubun-ubun pasangan atau hembus pada makananya, supaya pasangan akan lebih jatuh cinta pada kita selalu macam pengantin baru.

Tambahan lagi, sebutlah perkataan Ya Jabbar iaitu maksudnya Yang Maha Kuasa, dengan niat mudahan aura pengasihan membuatkan hubungan suami isteri tiada gangguan dari orang lain atau tawar hati.

Untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri, seharusnya kita berusaha untuk sentiasa saling mencintai, tiada benci atau buruk sangka yang boleh menyebabkan permasalahan besar berlaku dalam rumah tangga anda! Terutamanya jatuh talak atau cerai, walaupun hukumnya harus tapi ia merupakan perkara yang dibenci oleh Allah. Salah satu usaha terbaik adalah dengan mengamalkan doa pengasih ini akan membuatkan hubungan itu dalam keadaan aman damai.

Sentiasalah sebut dan doa perkara baik-baik sahaja, kerana kata-kata itu adalah suatu “Doa”. Doa yang baik dan bersungguh-sungguh merintih pada Allah kerana Dia akan mengabulkan setiap impian hambaNYA itu. Walau bagaimanapun, untuk amalkan ayat pengasih ini, tidak boleh digunakan untuk niat yang buruk! Kerana ayat ini merupakan dari kitab suci Al-Quran.

Selalunya niat buruk Allah tidak akan kabulkan permintaanya itu. Semoga perkongsian tentang doa pengasih ini akan membuatkan hubungan anda dengan pasangan lebih erat, bahagia dan hidup saling berkasih sayang. Sesungguhnya Allah sangat mencintai hamba-hambaNYA untuk hidup saling berkasih sayang di atas muka buminya ini. Didoakan semoga anda berbahagia bersama cinta hati sehingga ke syurga firdaus. Moga rumahtangga anda mendapat keberkatan dan rahmat Tuhan.

Sumber: pengantinbaru