Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wasallam adalah seorang yang sangat dicintai oleh umatnya, sehingga bagi orang yang mencintainya tentu akan ingin sekali bertemu dengan orang yang di cintai itu, meskipun kita tahu bahawa untuk saat ini tidak mungkin boleh kita bertemu Rasulullah, kerana kita hidup jauh sesudah beliau meninggal.

Namun tidak dinafikan bahawa kita boleh bertemu dengan Rasulullah walaupun hanya sekadar melalui mimpi. Kerana hal ini telah beliau sabdakan dalam Haditsnya :

Abu Hurairah Radhiyallahu anhu meriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “ Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sungguh ia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai bentukku. Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka”. [HR Bukhâri dan Muslim]

Dalam Hadist diatas dijelaskan bahwa benar adanya kita boleh bertemu dengan Rasulullah melalui mimpi dan dipastikan pula orang yang mimpi bertemu dengan Rasulullah itu adalah benar, kerana jika syaitan datang dalam mimpi kita, ia tidak mungkin boleh menyerupai wajah Rasulullah.

Namun kita perlu berhati-hati didalam mengakui kita telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah takut terjerumus hal kedustaan yang menyebabkan seseorang berdosa dan mendapat anca man neraka seperti akhir hadis diatas ‘ Sesiapa yang menanggung saya sengaja telah mengambil tempat duduknya di neraka .

Oleh itu, melalui pendapat Ustaz Khalid Basalamah, beliau juga mengaku telah bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW. Seseorang mungkin tahu orang yang hadir dalam mimpinya adalah Nabi Muhammad melalui ciri-ciri fizikal Nabi Muhammad yang dapat diketahui melalui hadis.

Inilah ciri-ciri fizikal Rasulullah melalui hadith

Hadits 1

Anas bin Malik berkata:

Rasulullah s.a.w bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun baju terlalu pendek. (Kulitnya) tidak putih pucat dan juga tidak sawo matang. (Rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Bagainda diutus oleh Allah menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun. Baginda menetap di Mekah (sebagai Rasul ) selama sepuluh dan di Madinah juga sepuluh tahun. Baginda di wafatkan oleh Allah dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala janggutnya. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Pada hakikatnya, Rasulullah menetap di Mekah selama 13 tahun. Maksud 10 tahun pada ayat ini adalah dikurangkan tiga tahun, iaitu tempoh masa wahyu tidak diturunkan buat sementara waktu.

Hadis ini bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Abu Raja Qutaibah bin Sa’id, daripada Malik bin Anas, daripada Rabi’ah bin Abu Abdul Rahman yang bersumber dari Anas bin Malik.

Hadis 2

Anas bin Malik berkata:

Rasulullah s.a.w adalah seorang yang mempunyai tu buh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tu buhnya bagus. Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus, Warna kulit Baginda coklat. Jika berjalan pergerakkan condong ke hadapan. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Hadis ini bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Humaid bin Mas’adah al Basri yang mendengar daripada Abdul Wahab ats-Tsaqafi dan bersumber Anas bin Malik.

Hadis 3

Al-Bara’ bin ‘Azib berkata:

Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertu buh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambutnya yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila baginda memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Abu Daud)

Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Basyar al-‘Abdi daripada Muhammad bin Ja’afar daripada Syu’bah daripada Abu Ishaq yang bersumber daripada al-Bara’ bin ‘Azib.

Hadis 4

Al-Bara’ bin ‘Azib berkata:

Aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga ke bawah telinga (antara cuping telinga dan bahu), dengan memakai pakaian berwarna merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah. Baginda memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya. Kedua-dua belah bahu baginda bidang. Beliau bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi. (Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan daripada Waki’ daripada Sufyan daripada Abu Ishaq bersumber dari al-Bara’ bin ‘Azib.

Hadis 5

Ali bin Abi Talib berkata:

Rasul Allah tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya tebal (tetapi lembut) tetapi lembut. Kepala besar, sendi besar. Bulu tumbuh di dada sehingga pusatnya tebal. Ketika raja berjalan, gerakan itu cenderung ke depan seolah-olah turun ke tempat yang rendah. Saya tidak pernah melihat kedudukan yang sama dengan Raja yang sama sebelum (Yang Mulia lahir) dan juga selepas (yang mati). (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

Hadis dengan tahap yang sah. Dilaporkan oleh Muhammad bin Ismail daripada Abu Nuaim daripada al-Mas’udi daripada Uthman bin Muslim ibn Hurmuz daripada Nafi ‘bin Jubair bin Mut’im diperoleh dari Ali ibn Abi Talib.

Hadis 6

Ali bin Abi Talib menceritakan sifat Rasulullah:

Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Baginda bertu buh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badanya tidak gemuk, bentuk tu buhnya tidak bulat tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitan pekat dan bulu matanya lentik.

Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badanya bersih dari bulu dan rambut, tetapi baginda mempunyai bulu lebat memanjang dari dada sampai ke pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Apabila Rasulullah berjalan, pergerakkanya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah baginda sedang turun di lereng yang cu ram. Apabila baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruhnya badanya turut berpaling).

Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatam nubuwah iaitu tanda kenabian bagi para nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah (Rasulullah tidak pernah berkeluh kesah atas sikap tidak bertimbang rasa dan penyek saan kaumnya). Beliau adalah orang yang kata-katanya paling jujur.

Manusia yang yang perangainya paling lembut, dan paling ramah dalam pergaulan, sesiapa yang melihatnya kali pertama, pasti akan menaruh hormat padanya. Sesiapa yang berkenalan dengan baginda tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata “Belum pernah akau melihat sesorang yang standing dengan baginda, sama ada sebelum kelahirannya ataupun sesudah baginda meninggal dunia”(Diriwayatkan oleh Tirmizi)

Diriwayatkan oleh Ahmad bin ‘Ubadah ad-Dhabbi al-Basri, juga diriwayatkan oleh Ali bin Hujr dan Abu Ja’afar Muhammad bin al-Hussein daripada Isa bin Yunus daripada Umar bin Abdullah daripada Ibrahim bin Muhammad daripada anak lelaki Ali bin Abi Thalib yang bersumber daripada Ali bin Abi Talib.

Hadis 7

Ummu Hani binti Abu Talib berkata:

Semasa pembukaan kota Mekah, Rasulullah s.a.w memasuki kota ini dengan rambut yang diikat empat. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud, dan Ibn Majah)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Muhammad bin Yahya bin Abi Umar daripada Sufyan bin Uyainah daripada Ibn Abi Najih daripada Mujahid daripada Ummu Hani.

PAKAIAN RASULULLAH S.A.W

Hadis 8

Ummu Salamah berkata:

Pakaian yang paling di sukai oleh Rasulullah s.a.w adalah gamis. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Muhammad bin Humaid ar-Razi daripada Fadhal bin Musa. Diriwayatkan juga oleh Abu Tamilah dan Zaid bin Habab. Ketiga-tiga mereka menerima daripada Abdul Mu’min bin Khalid daripada Abdullah bin Buraidah yang bersumber daripada Ummu Salamah.

Hadis 9

Anas bin Malik berkata:

Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah adalah hibarah. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Nasa’i)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar daripada Mu’adz bin Hisyam daripada ayahnya daripada Qatadah yang bersumber dari Anas bin Malik.

Hadis 10

Anas bin Malik berkata:

Cincin Rasulullah diperbuat daripada perak dan batunya adalah batu hitam Habsyi. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukahri, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dan Nasa’i)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id dan lebih seorang guru Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Wahab daripada Yunus daripada Ibnu Syihab yang bersumber daripada Anas bin Malik.Selain itu dapat disimpulkan ciri-ciri fizikal Nabi Muhammad adalah seperti ini :-

  • Tubuh badan tinggi, besar, gagah
  • Putih sehingga pipi yang seperti kemerah-merahan
  • Bola matanya besar
  • Keningnya hitam dan tebal seperti busur panah
  • Bahunya lebar
  • Dadanya bidang
  • Hidungnya mancung
  • Memliki bibir, pipi dan dahi yang sepadan dengan wajah yang tidak terlalu lonjong dan bulat
  • Memiliki rambut tidak terlalu kerinting dan tidak terlalu lurus,yang berombak,panjang sehingga ketelinga atau bahu.

Sungguh benar ucapan Anas bin Malik Ra.: “Tidak pernah kami melihat pemandangan lebih menakjubkan dari wajah Rasulullah Saw.” (Shahih Bukhari). Demikianlah Ciri-ciri Mimpi bertemu Rasulullah, namun perlu diingat bahwa tidak semua orang boleh bermimpi bertemu Rasulullah, hanya orang-orang pilihan yang boleh mimpi bertemu dengan Rasulullah tersebut.

Semoga kita terus melakukan dan mengamalkan sunnah dan ajaran Nabi Muhammad SAW agar dikurniakan keistimewaan bertemu Nabi Muhammad didalam mimipi. Amin

Akhbarkini