Pokok Lidah Mertua ataupun Snake Plant adalah antara pokok yang sering ditemui di tanam dalam rumah kebanyakkan penduduk di Malaysia.

Selain ditempatkan di ruang tamu, ada juga yang meletakkan pokok ini di dalam bilik air dan juga bilik tidur.

Menurut Balcony Garden, Pokok Lidah Mertua mempunyai 7 manfaat yang tersendiri dan kami senaraikan ia di bawah.

1. Pembekal oksigen yang baik

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik daripada Universiti Harvard, Pokok Lidah Mertua merupakan tanaman yang menjadi pembekal oksigen yang baik.

Selain Pokok Lidah Mertua, pokok lain yang turut membekalkan oksigen dengan baik adalah pokok Ficus dan pothos.

2. Pokok Lidah Mertua memberikan latar menarik

Kerana bentuknya yang unik, keberadaan Pokok Lidah Mertua di dalam ruang tamu ataupun ruang tidur memberikan suasana yang menarik dan juga mood yang baik untuk dipandang.



Selain itu, bentuk daunnya yang menegak dengan campuran warna kuning dan hijau juga memberikan tarikan yang tersendiri.

3. Membersihkan udara

Pokok Lidah Mertua juga dikatakan boleh bertindak sebagai pembersih udara dalam rumah yang baik. Selain karbon monoksida, gas-gas berbahaya yang boleh disingkirkan oleh pokok ini teramsuklah benzene, formaldehyde, xylene, and toluene.

Ramai pakar berpendapat gas-gas toksik berkenaan adalah salah satu punca kanser kepada manusia.

4. Efektif dalam melawan alahan

Pokok yang merupakan pembekal oksigen yang baik dan boleh mengurangkan gas berbahaya dalam udara diyakini juga boleh mengurangkan alahan yang berpunca daripada masalah udara.

Walaupun anda menggunakan pembersih udara, menanam pokok seperti Pokok Lidah Mertua di dalam rumah sebenarnya turut membantu.

5. Senang diuruskan

Pokok Lidah Mertua tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dijaga. Ia diakatakan boleh hidup dengan baik bawah simbahan cahaya matahari, di dalam ruang gelap mahupun ketika kekurangan air.

Jadi, tidak salah rasanya jika anda turut menanam Pokok Lidah Mertua di kawasan rumah anda.

Anda dah baca apa pendapat anda jangan lupa komen dan share.

Sumber: Islamituindah