Hentikan Dari Membunuh Haiwan-Haiwan Ini

Hentikan Dari Membunuh Haiwan-Haiwan Ini

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me


1. Ash-shurad

Shurad adalah burung berkepala besar dan berparuh besar, perutnya putih, punggungnya hijau, memangsa serangga dan burung kecil. Burung ini lebih besar dari burung pipit dan terkadang memangsa burung pipit.

2. Kodok/katak




Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi saw beliau bersabda:
Janganlah kalian membunuh katak! (Shahih, dalam kitab Shahih al-Jami’ ash-Shaghir [7390]).
Diriwayatkan dari Abdurrahman bin Utsman r.a:
Dilarang membunuh katak dengan alasan untuk ubat-ubatan, (Shahih, dalam kitab Shahih al-Jami’ ash-Shaghir [6971]).

3.Semut




Khatabi dan Baghawi menegaskan bahawa semut di sini bukan semua jenis semut, tapi semut Sulaimaniyah, yaitu semut besar yang tidak membahayakan dan tidak menyerang manusia. Adapun semut-semut kecil yang kadang termasuk wabah dan mengganggu serta menyerang manusia, maka boleh dibunuh, tapi sebaiknya membunuh semut dengan cara tidak membakarnya, kerana ada hadist yang menegaskan bahawa yang berhak menyeksa dengan api adalah Tuhan. (HR Abu Dawud dari Ibnu Mas’ud).

Larangan membunuh semut

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Dari Rasulullah saw. bahawa seekor semut pernah menggigit salah seorang nabi. Nabi tersebut lalu memerintahkan untuk mendatangi sarang semut dan membakarnya. Tetapi kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya kerana seekor semut menggigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang selalu bertasbih.(Shahih Muslim No.4157)

4.Burung Hud-hud (sejenis burung pelatuk)




Burung Hud-hud adalah burung yang pernah berdialog dengan Nabi Sulaiman. Dan merupakan utusan Nabi Sulaiman yang menyampaikan surat kepada Ratu Bilqis.

5. Lebah




Kebanyakan ulama mengatakan hukum lebah sama dengan semut dengan landasan hadist di atas, iaitu larangan membunuhnya dan larangan memakannya. Namun para ulama menerangkan bahawa larangan membunuh lebah kerana menghasilkan madu yang berguna bagi manusia.

Kelima haiwan ini haram dimakan. Dan semua haiwan yang haram dibunuh maka memakannya pun haram. Kerana tidak mungkin seekor binatang boleh dimakan kecuali setelah dibunuh.

6. Labah-labah




Binatang penolong Rasulullah ketika berada di dalam gua Tsur yang ditemani sahabat sejatinya Abu Bakar. Di dalamnya Rasulullah beserta Abu Bakar tidak henti-hentinya berzikir dan berdoa kepada Allah. Mereka bersembunyi dari  orang-orang kafir Quraisy.  Orang-orang itu kemudian mendatangi mulut gua untuk memastikan apakah benar Nabi Muhammad dan Abu Bakar ada di dalamnya.

Tapi apa yang mereka dapati ketika sampai disana? di mulut gua ada sarang labah-labah yang sudah ada sebelum Nabi Muhammad lahir. Di sana mereka juga mendapatkan dua ekor burung merpati. Mereka sangat yakin bahawa di dalam tidak ada orang. Dari kisah ini jelaslah peranan labah-labah untuk menyelamatkan Nabi Muhammad dari kejaran orang-orang kafir.

Akhbarkini

Post a comment

0 Comments