BAGAIMANA ilmu sains boleh wujud di dunia ini? Siapakah perintis kewujudan ilmu ini? Ini adalah sedikit fakta mengenai Nabi-nabi yang memiliki ilmu sains hasil petunjuk yang di turunkan oleh Allah S.W.T.

Nabi Adam

Bapa perintis ilmu sains. Menurut Ibnu Kathir, Allah S.W.T mengajar Nabi Adam melalui malaikat Jibril kaedah menanam pokok dan membuat besi. Nabi Adam mempunyai ilmu yang lengkap merangkumi pengiraan, kemahiran, keimanan, dan keduniaan. Nabi Adam mahir dalam pelbagai bahasa yang kemudiannya tersebar ke seluruh dunia.

Nabi Syith

Baginda merupakan anak kepada Nabi Adam. Oleh itu ilmu sains Nabi Adam telah diwarisi oleh Nabi Syith. Baginda pakar dalam bidang perubatan. Baginda juga pelopor kepada ilmu astronomi yang kemudiannya diwarisi oleh ilmuan Mesir, Yunani, dan Babylon.

Nabi Idris




Baginda pakar dalam bidang astronomi, perubatan, matematik, dan teknologi bangunan. Beliau juga merupakan manusia pertama yang menulis menggunakan pen untuk menulis. Nabi Idris terkenal sebagai Nabi yang pandai membaca dan menulis, menggunting dan menjahit pakaian dari kulit binatang. Menurut Ibnu Kathir, Nabi Idris adalah orang pertama memakai baju yang berjahit dan menggunakan kulit binatang sebagai pakaian.

Nabi Nuh

Nabi Nuh memiliki ilmu fizik dan matematik yang tinggi. Nabi Nuh memiliki ilmu pelayaran dan merupakan nakhoda yang cekap. Beliau juga memiliki kemahiran dan teknologi membuat kapal. Baginda memiliki ilmu sains bahan iaitu sains kayu dan logam besi. Nabi Nuh memiliki ilmu tumbuh-tumbuhan dan pertanian. Nabi Nuh memiliki ilmu teknologi pemprosesan kayu dan logam. Segala ilmu yang dimiliki oleh baginda adalah daripda wahyu Allah S.W.T

Nabi Hud dan Salleh

Nabi Hud dan Salleh pakar dalam teknologi bangunan.

Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim pakar dalam bidang astronomi.

Nabi Sulaiman

Baginda mahir dalam bahasa haiwan dan binatang. Nabi Sulaiman dikurniakan ilmu mengenai tembaga.

Nabi Isa

Nabi Isa pakar dalam ilmu perubatan.

Nabi Muhammad S.A.W

Baginda memiliki semua ilmu sains. Hal ini kerana Nabi Muhammad S.A.W dianugerahkan sebuah kitab Al-Quran yang terkandung sumber segala ilmu pengetahuan. Terdapat 6666 petunjuk di dalam Al-Quran dan daripada jumlah tersebut lebih daripada 1000 petunjuk berkaitan dengan ilmu sains. Nabi Muhammad S.A.W juga pakar dalam bidang geologi dan perubatan.

Sumber: thecoverage