Tiada apa yang lebih menggembirakan si ibu dan si ayah selain melihat anak yang dijaga dapat membesar dengan baik dan sihat.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan biarpun dengan pelbagai langkah-langkah penuh berhati-hati yang diambil, si anak tetap terdedah kepada penyakit tertentu, sekaligus menuntut pasangan suami isteri supaya mempunyai ilmu mengenai kesihatan anak-anak.

Antaranya adalah penggunaan ubat masuk punggung yang kami pasti setiap ibu bapa tidak tahu dan risau dengan teknik yang perlu digunakan sekiranya keadaan meminta mereka mengambil keputusan sedemikian.

Justeru, kali ini kami mahu berkongsi dengan anda penulisan yang disediakan oleh doktor-doktor terlatih daripada Klinik Avicenna mengenai beberapa perkara berkaitan ubat masuk punggung yang perlu anda tahu. Semoga bermanfaat.

Ubat masuk punggung, biasanya ubat ni akan digunakan pada kanak-kanak. Biasa la, kanak-kanak tak suka makan ubat. Masukkan je ubat ni dekat punggung dia (tempat berak), habis cerita.

Tapi apa yang kita tak tahu, ubat ni ada risiko sebenarnya.

UBAT MASUK PUNGGUNG, ubat supp. Ini semua ubat yang sama kategori dipanggil suppositories.

Suppositories berbentuk torpedo/peluru, punyai tekstur ala lilin, dimasukkan ke dalam rectum melalui anus (lubang dubur). Di dalam rectum, ubat ini akan mencair (suhu badan) dan diserap oleh saluran darah di rectum.

Ada banyak kegunaan ubat suppositories ni, antaranya sebagai ubat demam, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, ubat sembelit, ubat sawan dan ubat buasir.

Hari ni kita nak fokus pada ubat suppositories untuk DEMAM & PENAHAN SAKIT (pain killer), yang kita bagi pada pesakit kanak-kanak.

Di Malaysia, ada 2 jenis ubat supp untuk Demam/Painkiller, iaitu:

1. Paracetamol, PCM (acetaminophen)

2. Diclofenac sodium (voren)

Bila nak guna ubat Supp ini?

1. Kalau anak anda payah sangat nak makan ubat cecair.

2. Kalau sedang hadapi muntah muntah.

Dos:

1. Untuk PCM, ada 2 dos, 125mg & 250mg.

2. Untuk Voltaren, ada 2 dos, 12.5mg & 50mg.

Yang mana lebih bagus?

Jawapan kami, dua-dua bagus. Satu kajian membandingkan Supp Voltaren VS Supp PCM dalam mengurangkan suhu demam.

Di dapati Supp Voltaren effektif dalam 1 jam pertama menurunkan suhu (lebih cepat berbanding Supp PCM). Namun kesan keseluruhan rawatan, kedua-duanya sama effektif dalam menurunkan suhu demam.

Mana satu nak pilih?

1. Supp PCM ialah drug of choice. Dah lama di pasaran dan terbukti selamat. Maka kalau diberi pilihan, gunalah Supp PCM untuk anak kita. Cuma kena faham, risiko kerosakan hati kalau overdose. So kenalpasti betul-betul dos PCM anak.

2. Supp Voltaren pula dalam kategori painkiller NSAIDs, yang mana ada risiko pada kidney kalau overdose, dan beri kesan pedih perut/ulcer dalam perut.

Bila nak guna Supp Voltaren?

1. Dalam kes allergic PCM.

2. Kalau lepas 1-2 jam bagi Supp PCM, suhu badan masih tinggi > 39°C, maka next dose boleh cuba bagi Supp Voltaren.

3. Jika pasti demam bukan disebabkan dengue..Sbb tu kne jmpa dktr bukan ambil sndiri..Jika tidak blh sebabkan pendarahan.

Apa beza Supp PCM vs Supp Voltaren?

Kedua-duanya antipyretic, iaitu ubat yang boleh menurunkan suhu demam, kedua-duanya boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit (contoh anak sakit gigi, sakit kaki lepas jatuh,sakit tekak dan lain2).

Supp Voltaren ada extra fungsi sebagai anti inflammatory agent, iaitu ubat anti radang yang selalunya kita gunakan dalam sakit yang ada keradangan, contohnya arthritis kanak-kanak.

Apa yang wajib tahu?

1. Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak bawah setahun dan kanak-kanak yang diketahui alah pada Diclofenac, kanak kanak yang ada masalah perdarahan.

2. Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak yang disyaki ada dengue. Boleh akibatkan pendarahan. Jadi pastikan ambil ubat hanya bila doktor suruh.

3. Supp PCM tak boleh digunakan untuk bayi bawah 6 bulan. Bergantung pd keadaan. Bawah 6 bulan sila jmpa doktor.

4. Jangan guna Supp PCM & Supp Voltaren serentak.

5. Supp PCM lebih selamat berbanding supp Voltaren kerana tiada risiko pendarahan.

Dos Penggunaan:

Sebenarnya kena kira berat badan kanak-kanak. Cuma secara kasarnya, ini dos yang disarankan ahli farmasi.

1. Supp PCM 125mg:

6 bulan – 3 tahun (8kg – 14kg) : Sebiji supp

4 tahun – 5 tahun (16kg – 18kg): Dua biji supp

2. Supp PCM 250mg:

5 tahun – 8 tahun (18kg – 25kg) : Sebiji supp

9 tahun – 12 tahun (28kg – 40kg) : Dua biji supp

Nota: Kedua-dua Supp PCM 125mg & 250mg ini tak boleh digunakan lebih dari 4 kali dalam tempoh 24jam.

Dose utk Supp PCM formulanya 20-30mg/kg berat badan.Contohnya berat 10kg..10kg x 30mg= 300mg..jadi blh bg anak dose sebiji Supp PCM 250mg.

Dos untuk Supp Voltaren, bagi kegunaan demam formulanya 0.5 –1mg/kg berat badan. So selalunya, untuk kanak-kanak usia setahun ke atas hingga 3 tahun, sebiji Supp Voltaren 12.5mg tu mencukupi, boleh ulang 2-3 kali sehari.

Contoh berat anak 10kg, supp Voltaren 12.5mg boleh digunakan.

Kanak-kanak yang lebih besar/tua boleh guna dos Supp Voltaren 25mg.

Untuk dose ubat dalam kes paediatrik yang tepat, rujuk doktor anda. Dos yang kita tulis ni hanya sebagai general guidelines sahaja.

Cara Masukkan Ubat Dengan Betul

1. Baring mengiring, silangkan kaki (satu kaki naik ke arah dada).

2. Lembabkan ubat supp dengan vaselin atau minyak, dan tolak perlahan, tak perlu tekanan.

3. Lepas masuk ubat, biar anak baring dalam 10 min untuk bagi ubat menyerap.

Kalau perlu masukkan 2 biji supp, boleh masukkan supp kedua sebaik sahaja supp pertama dimasukkan, ruang dalam rectum cukup besar untuk tampung 2 suppositories.

Sumber: Dr Shazwan /Dr Syahida Klinik Lathika dan Klinik Avicenna