6 Jenis Tanaman Yang Ditakuti Jin Dan Iblis, Boleh Ditanam Disekitar Rumah. No 2 Paling Senang Nak Tanam



Ketika mendengar kata sihir, kira-kira apa yang terlintas dalam fikiran Anda? Kata sihir pastilah tidak asing lagi ditelinga kita, kerana sejak zaman dahulu, sihir begitu dapat dipercaya menjadi alat untuk mencelakakan orang lain.

Bahkan di zaman yang serba canggih seperti sekarang ini, sihir masih kerap terjadi di kehidupan sekitar kita. Sebagai umat islam yang cerdas, kita memang tidak perlu mempelajari tentang ilmu sihir, akan tetapi kita wajib memahami bagaimana cara menangkis kejahatan ilmu sihir.

Tahukah Anda jika Allah sudah menciptakan beberapa jenis tanaman yang membantu kita dalam menangkal kejahatan ilmu sihir, pellet, teluh, dan pelbagai kejahatan yang lain. Lalu benarkah tanaman tersebut berkesan sebagai penangkal sihir yang ditakuti oleh Jin dan setan, penjelasannya berikut ini:

1. Kurma Ajwa

Buah ini sangat ditakuti setan dan jin dan sebagaimana dalam shahih Al-Bukhari dan shahih Muslim, diriwayatkan hadits dari sahabat Sa’ad bin Abi Waqqash, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa beliau pernah bersabda:

Barangsiapa memakan tujuh butir kurma Ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun mahupun sihir. (HR Al-Bukhari no. 5769 dan Muslim no. 2047)

Lalu apakah yang membuatkan buah kurma Ajwa dapat mengubati ilmu sihir?

Al-Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani mengutip perkataan imam Al-Khotobi tentang keistimewaan kurma ajwa yaitu:

“Kurma ajwa bermanfaat untuk mencegah racun dan sihir kerana doa keberkahan dari Rasulullah SAW terhadap kurma madinah bukan karena zat kurma itu sendiri” (Fathul bari syarah al-bukhari oleh Al Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqolany X/239)

2. Daun Bidara


Pernahkah anda mendengar tentang daun bidara, atau widara dengan nama latin Ziziphus Mauritiana. Pokok bidara adalah sejenis pohon kecil penghasil buah yang tumbuh di daerah kering atau gurun, bidara berasal dari kata sidrah yang ertinya pohon bidara.

Dalam hal ini sidrah atau bidara sangat berhubungan dengan perjalanan Isra Mikraj nabi Muhammad saw. Lalu mengapa daun bidara termasuk makanan yang dapat mengubati ilmu sihir?

Mengenai hal ini Ibnu katsir menafsirkan Surah Al-Baqoroh ayat 102 yang berkaitan fitnah syaitan terhadap Nabi Sulaiman, bahawa beliau menggunakan sihir bukan mukjizat dan meriwayatkan bahawa yang paling bermanfaat untuk menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah SWT kepada Rasulnya, dan untuk menghilangkan hal itu dengan membaca Al-Muawwidzatain iaitu dua surah pelindung (Al-falaq dan An Naas) serta ayat kursi kerana ayat ayat ini dapat mengusir setan.

Lalu bagaimana mengubati sihir dengan menggunakan daun bidara tersebut? Imam Al Qurtubi dari wahab yang mengatakan bahawa hendaknya diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air kemudian dibacakan ayat kursi lalu diberi minum kepada orang yang terkena sihir 3x teguk dan lebihan airnya digunakan untuk mandi insyaAllah akan hilang kesan dari ilmu sihirnya.  Diutamakan untuk membaca Al-Falaq, Annas serta ayat kursi kerana ayat ayat tersebut dapat mengusir setan (tafsir ibnu katsir jilid 1 terjemahan singkat halaman 171)

3. Minyak Zaitun



Minyak zaitun adalah minyak yang keluar dari tanaman yang barokah, Sebagaimana Nabi bersabda:

Makanlah minyak zaitun! Sesungguhnya ia diberkahi, berlauklah dengannya dan berminyaklah dengannya! Sesungguhnya ia keluar dari pohon yang diberkahi. (HR. Ahmad dan Tarmidzi)

Dalam hadits ini menjelaskan bahawa minyak zaitun dapat digunakan untuk mengubati bahagian tubuh yang ada pada orang yang terkena sihir.

4. Buluh Kuning


Tanaman ini sangat tidak seperti buluh-buluh besar pada umumnya, buluh ini memiliki batang pohon yang lebih kecil dan warnanya kuning. Biasanya digunakan untuk pagar diperkarangan rumah.

Buluh ini termasuk tanaman langka, namun berkat rahmat Allah tanaman ini mampu menangkis dan mengusir setan dan sihir. Bahkan buluh kuning juga dipercayai mampu mencegah niat jahat seseorang yang hendak mencuri atau merompak.

5. Mawar Merah


Selain menjadi symbol cinta, bunga ini ternyata mampu menjadi salah satu tumbuhan yang mampu menangkis jin dan sihir. Mawar secara khusus dikurniani Allah memiliki khasiat untuk menangkap tenaga negatif yang dihantar ke rumah anda. Tenaga ini kemudian akan disalurkan oleh tumbuhan ke tanah.

6.Kaktus


Tanaman yang biasa tumbuh di wilayah gurun ini, selain sangat mesra alam dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit. Kaktus juga mempunyai kebolehan yang serupa dengan bunga ros. Tumbuhan berduri ini dapat meneutralkan serangan sihir dan menarik tenaga rezeki.

Demikianlah perbahasan mengenai makanan yang dapat digunakan untuk menangkal ilmu sihir. Hal ini semua tergantung kita dalam menghadapinya dan tetap memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari segala mara bahaya. Wallahu A’lam.

Sumber: islam itu sempurna