Ibu-Ibu Yang Ada Penyakit Anxiety Disorder(cemas), Amalkan Doa Ni Setiap Kali Lepas Solat!

Ibu-Ibu Yang Ada Penyakit Anxiety Disorder(cemas), Amalkan Doa Ni Setiap Kali Lepas Solat!

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Risau, satu penyakit.. Bukan perasaan biasa kalau tak dikawal.

Penyakit risau ni biasa melanda mak-mak kan..

Pertama kali nak hantar anak ke pengasuh, risau..

Daftar anak ke tadika pun risau...

Anak nak masuk sekolah darjah satu .. Risau...

Kalau anak perempuan lagi lah bertambah risau...

Tapi risau ni kalau tak dikawal lama-lama jadi penyakit...

Tanda-tanda & gejala Anxiety Disorder

Ciri-ciri dan gejala seseorang mengalami anxiety disorder atau gangguan kecemasan adalah:

  • Merasa gelisah, lemah, atau lelah
  • Detak jantung meningkat
  • Nafas dengan cepat
  • Berpeluh dan gementar
  • Susah untuk kawal ketakutan atau kecemasan
  • Insomnia (susah tidur)
  • Merasakan bahaya atau panik

Perkongsian ini satu doa ringkas. . Dalam al-Mathurat pun ada.  Dan doa ni biasa sangat kita baca dan hafaz.. Tapi mungkin kita tak tau dengan  mendalam kelebihan  doa ini...

Mak-mak Yang Ada Penyakit Anxiety Disorder, Amalkan Doa Ni Setiap Kali Lepas Solat!

Ini Doanya...

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kebingungan dan keduka-citaan, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil, aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang penindasan orang-orang.

Biasa kan doa ni...

Ustaz Elias kata.. Doa ni kita baca untuk ubati penyakit risau dan kebimbangan tentang sesuatu yang belum terjadi..

Kita biasa risau kan bila nak melalui sesuatu yang bukan jadi kebiasaan kita. .

Jadi amalkan baca doa ini... Setiap kali lepas solat fardhu..  Amalkan baca...

Doa ini akan menjadikan kita lebih bertawakal, yakin dan bersemangat dengan izin Allah . Insha Allah...

Sekian... Semoga bermanfaat ..

Akhbarkini

Post a comment

0 Comments