Jangan Lepaskan Perempuan Yang Ada 7 Perkara Ini Wahai Lelaki

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me


Kalau nak cari calon isteri jangan nak cari yang dahi licin je. Memang agama yang pertama. Tapi anda kena cari yang pandai uruskan kewangan juga.

Kalau calon isteri anda ada 7 perkara ni, laju-laju anda masuk meminang dia. Ajak kahwin terus. Rugi dibiarkan lama-lama. Nanti lama-lama dia disambar orang, antaranya :

1. Minat menyimpan wang

Dia jenis yang minat menyimpan wang. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Anda nak belikan hadiah ke dia terus keluar ayat dia, “Tak payahlah lah Biey, rugi je”, “Tak payahlah lah Sayang, simpan la duit tu”. Bukan tiap kali dating, asyik perabih duit kau je suruh beli patung beruang besar.

2. Tak apa jika anda ajak makan kedai biasa-biasa

Kalau anda ajak dia makan kedai biasa atau kat warung, dia tak kisah pun. Asalkan makanan sedap. Tak macam makwe lain, pakai tudung lilit, apa kelas makan kedai murah. Paling kurang pun KFC.

3. Naik kereta secondhand anda pun dia tak segan

Dia jenis tak kisah pun anda pakai kereta apa. Tak malu dengan keluarga dan kawan-kawannya. Bukannya setiap hari suruh anda tukar Honda City je. Nak nampak kelas sikit.



4. Tak minta hadiah mahal

Setiap kali hari jadi dia takde nak minta barang yang mahal-mahal. Contohnya macam beg tangan LV, jam tangan Rolex, make up mahal-mahal. Setiap kali dating tak minta bunga ros bagai. Nak nampak sweet kononnya.

5. Nak buat kenduri kahwin biasa-biasa saja

Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Takde nak buat wedding of the year bagai sampai nak buat pinjaman peribadi. Hantaran pun tak letak tinggi. Ijazah untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran RM30K.

6. Tak minta nak bercuti sana sini sebelum kahwin

Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Biarlah cipta kenangan terindah selepas kahwin.

7. Gaji anda sikit

Dia tak kisah pun kalau gaji anda rendah daripada dia. Takde nak berlagak. Dia terima anda seadanya. Yang penting anda jenis bertanggungjawab.

Manusia tidak sempurna. Kalau anda tengah bercinta dan pasangan anda takde ciri-ciri di atas, janganlah anda tinggalkan dia pula. Anda bimbing dan ajar la dia supaya lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Sekarang ni duit bukan segala galanya. Tapi semua nak pakai duit. Kalau anda duk membazir benda bukan-bukan je, mungkin kedudukan kewangan masa depan kau akan terjejas. Kah!

Sumber: Amir Syahir

Post a comment

0 Comments