عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ

Dari 'Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi SAW bersabda:

Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian. (HR Ahmad No: 21695) Status: Isnad Maqbul

6 Perkara Dijamin Masuk Syurga

Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk Syurga jika memelihara enam perkara:

1.  Jujur jika berbicara

Ibnu Qayyim: Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur, dia akan celaka dan binasa. Kejujuran (tidak berbohong) akan membezakan antara munafik dan beriman.

2.  Menepati janji

Tidak memenuhi janji adalah diantara sifat munafik.

3.  Menunaikan amanah.

Amanah berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia yang wajib ditunaikan.

4.  Memelihara kemaluan (kecuali untuk pasangan yang sah)

5.  Menundukkan pandangan

Ibnu Qayyim: menjaga pandangan adalah modal pokok untuk menjaga kemaluan. Siapa yang tidak menjaga pandangannya, dia telah menempatkan dirinya ke tempat kehancuran.

6.  Menahan tangan

Seorang Muslim tidak menganggu, menyakiti saudara Muslim yang lain, teman, mahupun tetangganya baik dengan lisan maupun tangannya. Mereka merasa aman dengan kehadiran dirinya.  Tahanlah tangan kamu. (tidak mencuri, tidak mengambil rasuah, tidak memukul orang dan tidak menulis atau menyebarkan sesuatu berita fitnah).

Nampak mudah tapi payah... Tapi kalau nak syurga kena la jaga 6 perkara ni... Rasulullah s.a.w. jamin boleh masuk syurga...

Boleh buat kecuali orang-orang yang sabar dan beramal soleh...

Nak masuk syurga tak? Kalau nak kena usahalah jaga 6 perkara ini sebaiknya. Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah..

Semoga bermanfaat.