Masya Allah, seorang non Muslim bertanya – “berapa kena bayar jika saya memeluk agama Islam”

Masya Allah, seorang non Muslim bertanya – “berapa kena bayar jika saya memeluk agama Islam”

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Dakwah dan bimbingan kepada sahabat yang baru melafazkan syahadah, Abdul Rahman, daripada Team Inspirasi Mualaf telah membawa kepada seorang lagi memeluk agama islam hari ini.

Ini adalah hasil daripada menunjukan akhlak yang baik kepada non Muslim di mana, abangnya yang belum islam, membawa seseorang dari Mantin untuk kenal islam.

Dengan izin Allah, hari ini kami bantu syahadahkan seorang sahabat dari Nigeria yang ingin sangat tahu tentang islam dan memeluk agama islam.

John seorang protestant kris tian yang membuat kajian tentang agamanya dan islam selama beberapa tahun.

Beliau menceritakan bahawa baru2 ini beliau telah hadir di suatu tempat untuk memeluk agama islam, namun niatnya untuk mengenal Islam tidak dipermudahkan kerana beliau telah dikenakan sejumlah bayaran untuk memeluk agama islam.

Soalan pertama beliau pada Abdul Rahman sebelum dia melafazkan syahadah ialah, berapa kena bayar jika saya memeluk agama Islam?

Masya Allah. Bila diberitahu yang kami akan bantu dan mempermudahkan, dia terus tanya tentang Islam dan ingin mendalami islam.

Hari ini kami sempat menyampaikan tentang islam dan perbezaan antara agama lamanya. Dan selepas penerangan, beliau terus ingin menjadi seorang islam. Alhamdulillah

Dakwah sangat penting kita sampaikan dengan akhlak dan lisan, abang yang tidak mahu bercakap dan bermusuhan berlembut hati untuk berjumpa dan membawa seorang dari Mantin ke kuala lumpur.

Abangnya juga mendengar penjelasaan kami dan kami mendoakan dia akan diberi peluang memeluk agama islam nanti.

Kami akan refer sahabat kita, Muhammad John pada pendakwah di sana untuk register kelas dan di bimbing. In syaa Allah

Bertambah seorang lagi sahabat yang memeluk agama islam hari ini. Kami bersyukur diberi peluang untuk bantu syahadahkan dia. 

Semoga dia terus kekal sebagai seorang islam, dilimpahkan rezeki di dunia Akhirat. Aameen

Tahniah pada Abdul Rahman, Welcome to our team.

Sumber: Inspirasi Mualaf