Sekeping Foto Mengundang Sebak Dan Pilu

Sekeping Foto Mengundang Sebak Dan Pilu

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Ada sebahagian wanita yang beruntung dilahirkan dari keluarga kaya, yang tanpa perlu bekerja keras dia tetap dapat kehidupan yang senang dan mewah. Manakala sebahagian wanita lain beruntung kerana dikurniakan seorang suami yang berpendapatan besar yang mampu memberi nafkah hidup kepada isteri dan anak2 dengan sempurna.

Namun demikian, bukan semua orang bernasib baik. Dari sisi yang lain siisteri terpaksa turut membanting tuang 4 kerat bersama-sama dengan suami bukan untuk membeli kehidupan yang mewah tetapi cukuplah andainya dapat makan setiap hari dan menghantar anak-anak ke sekolah.

Mereka terlalu sibuk untuk melayan pertanyaan anak-anak ‘esok nak makan kat mana?, esok nak makan apa? Mereka mungkin hanya ada satu soalan ‘ apa yang ada untuk kita makan hari ini atau mungkin esok?’

Di celah2 kesempitan hidup itu terdetik sebuah doa “semoga anak2 mempunyai kehidupan yang lebih baik”. Semoga ibu-bu seperti ini tabah dan terus cekal meneruskan kehidupan… Semoga Allah meluaskan rezekimu dan memberimu rezeki daripada jalan-jalan yang tidak engkau sangka, aamiiiin..

Sumber: Deen Islam