Kucing Peliharaan Tak Makan Cuma Minum, Terlalu RINDU Sejak Arwah Pergi

Kucing Peliharaan Tak Makan Cuma Minum, Terlalu RINDU Sejak Arwah Pergi

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Kucing peliharaan pun sebenarnya punya hati dan perasaan. Lagi-lagi bila sudah lama dibela oleh tuannya. Begitulah kisah si bulus yang lemah fizikalnya yang dikongsikan Syahrul Ayoi ini.

Sebak, lihat fizikal kucing yang begitu rindukan tuannya yang sudah pergi untuk selama-lamanya. Jika, manusia boleh berbicara, bagaimana kucing ini mahu menterjemahkan rasa rindunya itu.

Setiap Hari Bawa Kucing Arwah Ayah Ke Kubur

Cerita petang tadi di perkuburan Econ

save Senawang. Nak balik dari menziarahi kubur mak, ada budak nie bawak kucing yang agak lemah ke kubur. Bila ditanya, kubur tu adalah arwah ayahnya dan kucing yang dia bawak tu adalah kucing peliharaan arwah ayahnya..

Sejak arwah ayahnya meninggal sebulan lalu, kucing nie langsung tak nak makan dan hanya minum sahaja. Anak arwah nie bawak kucing nie ke kubur setiap hari bagi melepaskan kerinduan kucing nie terhadap tuannya.

Semoga arwah dibalas dengan syurga tempatnya dan semoga kucingnya ini sihat seperti sediakala…..amin.

Kain Hijau Arwah Buat Kucing Peliharaan Melepas Rindu

Kongsi Syahrul dengan Mingguan Wanita, kucing itu masih bernyawa cuma keadaannya lemah. Sebab tak mahu makan sejak arwah tuannya meninggal dunia.

“Yang sedihnya, sampai je kubur arwah, dia boleh mengiau. Lepas itu, dia terbaring macam tu je. Kain hijau itu adalah kepunyaan arwah.”

Cerita Syahrul lagi, anak arwah sememangnya kerap membawa kucing itu ke kubur arwah bapanya. Saya pula sememangnya hari-hari ke kubur selepas balik dari kerja.

“Saya ziarah kubur mak saya. Meninggal bulan 11 yang lepas.”

Walaupun, Syahrul hari-hari ke kubur, dia cuma direzekikan bertemu budak itu untuk dua ke tiga kali setiap kali ke tanah perkuburan.

Begitulah, jalinan kasih yang terbina antara manusia dan haiwan peliharaan. Biar pun jauh dibatasi bumi, kasih tetap tak mati. Cuma kerinduan tidak berbalas itu teramat pedih untuk diungkapkan..

Sumber: Syahrol Ayoi