(V1deo) Khabib Jadi Imam Di Kem Latihan, janji kepada ibu akan bersara selepas dinobatkan juara kali ke 29

(V1deo) Khabib Jadi Imam Di Kem Latihan, janji kepada ibu akan bersara selepas dinobatkan juara kali ke 29

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

SELEPAS kemenangannya ke atas Justin Gaethje pada aksi UFC 254 pada Ahad, bintang UFC Khabib Nurmagomedov mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan persaraannya.

Juara lightweight UFC itu membuat keputusan untuk bersara dari sukan MMA di saat kariernya sedang giat memuncak.

Petarung berusia 32 tahun itu mendedahkan, dia telah berjanji dengan ibunya bahawa pertarungannya dengan Gaethje itu adalah pertarungan terakhir untuknya.

Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu selama tiga hari.

Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya, katanya ketika ditemu bual sejurus selepas perlawanan tersebut.

Selain itu, Khabib turut memberi bayangan dia tidak mungkin dapat bertarung tanpa ayahnya, Allahyarham Abdulamanap Nurmagomedov di sisinya.

Ini kerana, ayahnya itu turut memainkan perasan besar melatih dan menjadi guru serta pendorong untuknya ketika di gelanggang pertarungan.

Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. Tak mungkin saya ke sini lagi tanpa ayah saya,” kata jaguh dari Dagestan, Rusia itu sambil menitiskan air mata.

Khabib berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Gaethje dari Amerika Syarikat.

Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi itu, Khabib menumpaskan Gaethje menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1:34 pusingan kedua.

Keputusan itu sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib dan kini dia bersara dengan rekod cemerlang 29 kemenangan tanpa kalah.

(Video) Khabib Jadi Imam Di Kem Latihan

Dalam satu video yang dimuatnaik di laman Youtube rasmi Khabib, seperti kita semua tahu Khabib adalah seorang muslim dan dalam video tersebut menunjukkan beliau mengimamkan solat di kem latihannya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Khabib sentiasa menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang muslim dan sentiasa menyebut kalimah Allah sebelum memulakan perlawanan. Untuk rekod setakat ini, Khabib masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalahnya sepanjang karier di UFC.

Sumber: Khabib Youtube