Rahsia keluarga ini terbongkar apabila kereta polis hantar adiknya (PHD UTM Skudai) balik rumah

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Kisah seorang pelajar UTM, Skudai telah menarik mata ramai masyarakat sebelum ini. Pelajar yang sedang mengikuti program PhD dalam jurusan kejuruteraan awam menjadi perhatian berikutan pemandu kenderaan polis IPD bertindak menghantarnya pulang.

Pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Maznah bt Ismail. Kehidupan sebenar keluarga Maznah akhirnya diketahui umum apabila keluarganya tinggal dalam serba kekurangan dan bergantung kepada khemah untuk berteduh.

BERTEDUH BAWAH KHEMAH BERSAMA ABANG

Maznah yang terkandas di tempat pengajian berikutan pandemik Covid akhirnya dibenarkan pulang ke kampung halaman setelah kerajaan bertindak melonggarkan syarat-syarat sekatan.

Yang menyayat hati ramai, apabila difahamkan khemah yang didiami Maznah turut diduduki oleh abang kandung, Redzuan Ismail, isteri dan 6 lagi orang anak. Menjadikan ruang kediaman sedikit sesak.


Menurut cerita, rumah pusaka peninggalan arwh ayah mereka hangus terbakar pada Oktober 2015. Kemudian, setelah ibu Maznah pula “pergi”, Maznah rela hati menyerahkan rumah tersebut kepada abangnya.

BERI PENG4JIAN BAIK BUAT ANAK-ANAK

Redzuan yang hanya bekerja di kilang sawit hanya mampu peroleh RM1,200 sebulan dan terpaksa menyekolahkan enam orang anak.

Disamping itu, Redzuan dan isteri juga ada mengusahakan kebun secara kecil-kecilan demi menampung kekurangan mereka sekeluarga. Anak sulong Redzuan yang berusia 22 tahun kini sedang belajar di UIA, Gombak.

Anak keduanya pula belajar di Unlversiti Teknikal Malaysia (UTeM) dan anak ketiga lulusan Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.

ADA PIHAK DAH HULURKAN SEDIKIT BANTUAN

Sebelum ini Maznah (kini Redzuan) ada membuat permohonan untuk dapatkan rumah PPRT daripada pihak berwajib. Namun rezeki belum tiba, sehingga kini permohonan mereka belum diluluskan.

Dalam pada itu, dikhabarkan mereka sekeluarga telah pun dikunjungi Ketua Wilayah Timur, Perbadanan BaitulM4l Negeri Sembilan MAINS, iaitu Mohd. Shahrizad Abu Kasim yang juga sempat menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang tunai segera dan makanan asas.

Kisah Maznah dan abangnya cukup hebat, biar pun hidup dalam serba kekurangan namun mereka masih berusaha memberikan pengajian terbaik buat anak-anak.

Semoga mereka dimur4hkan rezeki kelak dan mendapat bantuan untuk memiliki rumah sendiri demi keselesaan mereka anak beranak.

Sumber: imuslimnetwork