Advertisement


Kalau dah leher mengembang, alamatnya pakai di rumah sajalah walaupun baru beli pada harga yang mahal. Sebabnya baju T begini akan buat kita kelihatan tak kemas. Paling tidak pun kita simpan saja dalam almari dan rasanya di rumah kita pun ada banyak baju T dengan masalah ini kan.

Baju T memang baju kegemaran ramai. Tapi satu masalah yang biasa bila kerap mengenakan baju T ini adalah bahagian lehernya mengembang menyebabkan baju nampak seperti sudahlama walaupun sebenarnya masih baru.

Menurut Nexcy leher baju T mengembang bukan disebabkan kekerapan kita memakai baju ini tapi juga ada kaitan dengan cara kita mengeringkannya. Contohnya menggantung baju T yang lembap menggunakan hanger menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas baju T menyebabkan ia meregang terutama di bahagian leher.

Tapi daripada simpan apa kata cuba pulihkan leher baju T yang mengembang ini ikut cara pakar dobi Nexcy daripada Jepun. Dia turut berkongsi tip untuk kekalkan bentuk leher baju T.


Cara untuk membaiki leher baju T yang mengembang

Sediakan:

  1. Seterika
  2. Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk
  3. Meja atau permukaan rata untuk meletakkan baju T.

Langkah 1

Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas dan rendam bahagian tersebut dalam mangkuk berisi kiub ais.

Langkah 2

Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.

Langkah 3

Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).

Langkah 4

Seterika bahagian neckline menghala ke arah atas baju T

Langkah 5

Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering.

Siap

Leher baju T sudah kembali ke bentuk asal dan nampak macam baru!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Teeper / Vanilla Kismis

Advertisement