Cuma Guna Arang, Cara Paling Berkesan Hilangkan Bau Najis Kucing Di Rumah

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Ia membantu menyelesaikan bau najis kucing yang selalu jadi masalah utama mereka yang memelihara haiwan ini dalam rumah.

Bagi yang memelihara kucing di rumah tip yang dikongsi oleh Lembayung Cahya Rabbani ini memang sangat berguna.

Cara berkesan hilangkan bau najis kucing dalam rumah, guna arang

Bagusnya cara yang dikongsi cukup mudah dan murah iaitu hanya menggunakan arang. Kosnya hanya sekitar RM4-RM6 saja.

Saya nak berkongsi satu tip yang baru saya buat dua hari lepas. Tip ini bagi mereka yang bela kucing di dalam rumah. Masalah yang sering dihadapi adalah bau najis yang keluar daripada litterbox.

Caranya adalah dengan menggunakan arang. Tak perlu beli arang yang mahal-mahal pun, saya cuma guna arang yang dipakai untuk bakar-bakar lauk ja. Boleh beli kat kedai hardware, satu paket besar sekitar RM4 ke RM6 ja (ikut lokasi masing-masing).


Letak dalam botol yang dilubangkan

Saya potong separuh botol air besar (lagi besar bekas lagi bagus), tebuk lubang bagi banyak-banyak macam dalam gambar tu, pastu masukkan arang bagi penuh & tutup atasnya dengan kain kasa pembalut luka (boleh ja guna tisu atau kain biasa).

Gantung tepi litter box

Selepas siap buat semua tu, boleh la gantung atau letak tepi sangkar betul-betul dekat dengan litterbox. Bagi kucing yang tak duduk dalam sangkar, boleh letak tepi litterbox kucing anda.

Cara ini jugak boleh guna untuk letak dalam kereta atau dalam bilik. Kalau dalam bilik, saya isi arang tu dalam balang besar. Cara penghasilannya sama juga, cuma saiz bekas ja lebih besar. Kalau rajin, hias-hias la sikit bekas tu ikut kreativiti masing-masing.

Saya dah cuba selama dua hari. Memang berkesan.

Sumber: Lembayung Cahya Rabbani / Vanilla Kismis