Ketika ini, ramai yang mencari pendapatan dengan berniaga atas talian. Walaupun perkara tersebut agak baru dengan sesetengah orang, namun perniagaan online merupakan langkah yang harus dipraktikan.

Namun, bukan semua orang beruntung untuk mendapat pelanggan yang ramai. Lebih-lebih lagi jika barang yang dijual mempunyai saingan dan kita juga tidak berapa mahir mengendali perniagaan atas talian.

Gigih jual perfume kereta

Walau bagaimanapun, tidak semua cepat berputus asa. Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Shykinn, dia telah menceritakan kegigihan seorang lelaki warga emas kelainan upaya (OKU) yang bersemagat menjual perfume kereta dan rumah di live Shopee


Order masuk banyak sangat

Menurutnya, ketika live tersebut, hanya tujuh orang sahaja yang menonton. Paling menyeronokkan apabila menonton live jualannya adalah kefasihan dia bertutur dalam bahasa Melayu.

Selepas posting yang dibuat oleh Shykinn tular, tempahan yang diterima Foo Chia Keat meningkat secara mendadak sehingga terpaksa menutup sebenar jualannya.

Ucap terima kasih viralkan

Walau bagaimanapun, menerusi Facebook Foo Chia Keat, dia telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menularkan perniagaannya.

Dia juga memaklumkan akan menambah stock pewangi kereta dan rumah secepat mungkin agar orang ramai dapat membelinya.

Jom ramai2 support uncle ni

Sehubungan dengan perkongsian sumber, ramai yang meninggalkan komen dengan berasa kagum melihat kegigihan lelaki tersebut dan ada juga yang memuji layanan Foo Chia Keat terhadap pelanggan apabila melihat balasan ucapan terima kasih kerana memberinya 5 bintang di Shopee.

Sumber: channelpelik