Kini Sharifah menjadi salah seorang leader Shakelee. Ekoran itu, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung.
“Bermula dari situ saya melakukan kerja sendiri dan Alhamdulillah suami menyokong setiap tindakan yang diambil. Saya juga berpeluang menjaga ibu secara bergilir dengan adik beradik yang lain,” luahnya.
Rashidah yang kini bekerja sebagai ahli fisioterapi di samping terlibat dalam perniagaan rangkaian produk k3$ihatan dan kecantikan berkata, dia sedikit pun tidak berasa lelah atau terbeban sepanjang tempoh mengurus dan menjaga ibu yang terlantar s4k1t.
“Alhamdulillah k3$ukaran jaga ibu bagi saya tiada, memandangkan ibu bukanlah pes4k1t yang panas baran.
“Disebabkan background pekerjaan saya sebelum ini banyak berkecimpung dengan kecederaan dan atlet, ia membuatkan saya terbiasa dengan pengurusan pes4k1t.
Ketika ibu belum dis3rang strok dan lum.puh sebelah badan.
“Cuma bezanya teknik urus bedridden… tetapi ia mudah dilakukan selepas diajar jururawat h0spital ketika ibu warded,” jelasnya yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2021.
Bercerita lanjut, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana keperluan ibu dapat dijaga dengan baik.
“Alhamdulillah saya dan adik beradik serta ipar bergilir urus ibu. Sesi saya jaga rutin ibu adalah pada waktu siang iaitu pagi memandangkan selepas Zohor saya perlu bekerja.
“Jadi selepas waktu itu, adik beradik mahupun ipar yang akan ambil alih,” tambahnya.
Dalam pada itu, Rashidah turut menyatakan bahawa kekuatannya hadir saat melihat wajah ibu walaupun kadang kala penat.
“Mengeluh terbeban tu tiada sebab saya bergilir dengan adik beradik. Penat pasti ada dan itu perkara biasa dalam uruskan orang s4k1t. Cuma satu saja saya pasak dalam hati… pasti ada ganjaran bagi orang yang menyantuni ibu bapa.
“Tambahan pula ibu bapa cuma satu dan pergi mereka tak ada ganti. Jadi sementara ibu masih ada saya akan berbakti sebaik mungkin sebelum terlambat atau menyesal di kemudian hari.
“Saya nak elakkan perkara-perkara seperti itu. Oleh itu apabila ada peluang saya akan buat dan berikan yang terbaik,” luahnya lagi.
Mengulas tentang video yang dimuat naik di TikTok, ujarnya ia bertujuan untuk menonjolkan tindakan yang baik agar dapat menjadi contoh kepada anak-anak dan masyarakat yang lain.
Tambahnya lagi, menjaga ibu bukanlah perkara yang membebankan jika seseorang itu tidak ‘berkira’ dan mempunyai sikap bertolak ansur. Sehingga kini video perkongsiannya itu ditonton lebih 1.1 juta pelayar selepas dimuat naik.
Sumber: mstar via celevillage