Projek D.I.Y menservis dapur gas isteri. Hari ni berjaya menyelamatkan dua dapur gas milik isteri. Perkongsian ini pernah diviralkan.

Hari ni diperincikan lagi step-stepnya. Semua orang boleh lakukannya. Step-stepnya ada setiap gambar ya.

LANGKAH-LANGKAH MEMBAIKI DAPUR GAS 

1. Sebelum di servis apinya biru tetapi perlahan.

2. Alatan yang diperlukan:

  • Playar
  • Pemutar skru bunga dan philips
  • Klip kertas
  • Spray anti karat WD40
  • Kertas surat khabar lama

3. Tanggalkan tungku dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.

4. Selesai tanggalkan tungku dari injap gas. Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas. Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.

Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.

Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini. Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.

5. Injap dan paip gas dikeluarkan sepenuhnya.

6. Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas. Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.

7. Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat. Bersihkan beberapa kali sehingga berpuas hati.

8. Ini contoh retakan pada bahagian fire starter. Pulas-pulas tetapi api tidak menyala dan perlu guna surat khabar atau external fire starter untuk hidupkan dapur gas.

Usaha khuatir, ketuk sedikit bahagian besi supaya retakan menjadi rapat. Ianya tidak membahayakan.

9. Taraaaaaa..sudah siap di servis. Dapur ini telah dua tahun digunakan. Dapur yang dijaga dengan baik mampu bertahan lebih lama. Jika perumahnya dan paip gas sudah terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang baru ya.

Selepas di servis apinya ya ampun. Membara kebiruan.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Abdul Ghopar Zakaria Ansari