- Garam.
- Cuka.
- Soda bikarbonat.
Campur salah satu, dengan larutan air. Kemudian rendam sekejap sayur dan buah. Biar dalam 12 minit macam tu, kemudian bilas.
Bila sayur dan buah dilalukan dengan air, 9 daripada 12 jenis sisa racun serangga yang ada boleh tersingkir. Kajian lain ada yang kata, kalau kita rendam sayur dan buah dalam air soda bikarbonat selama 2 minit, ia dapat singkirkan lebih banyak sisa racun serangga berbanding hanya dengan lalukan air pada buah dan sayur dalam jangka masa yang sama.
Rendam 12 – 15 minit, dapat singkirkan terus semua sisa yang ada pada sayur dan buah. Ada kajian lain pada 196 sampel kobis, strawberi dan tomato. Kalau gosok permukaan buah dan sayur macam ni, akan dapat singkirkan keseluruhan sisa radun serangga yang ada, berbanding hanya lalukan air.
Pun begitu, dengan cara basuhan apa yang kita buat sekalipun, sedikit sisa racun serangga mungkin akan ada pada zat sayur dan buah tersebut.
CARI SAYUR & BUAH ORGANIK
Sayur dan buah organik, bukan saja bermaksud ia tak gunakan racun serangga. Tapi banyak yang diambil kira, bermula dengan biji benih non GMO, kawasan tanah yang tak dicemari, baja organik yang tak ada bahan kimia merbahaya dan banyak lagi kriteria yang perlu disahkan oleh badan berkuasa seperti United State Department of Agriculture (USDA).
Boleh buat, yang mana sesuai dengan keadaan keluarga korang. Tak semestinya kena cari yang organik. Tapi kalau sayur yang bukan organik, pastikan betul-betul kita bersihkan sayur tu, dengan salah satu dari tiga bahan yang saya kongsi.
Kalau yang organik sekalipun, ada baiknya cuci bersih jugak. Kita bukan je nak anak makan sayur dan buah yang sihat, tapi kita nak kurangkan jugak pendedahan pada saki baki racun serangga yang ada.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan