Tapi kalau anda rasa malas nak beratur menunggu dan mungkin agak mahal bagi anda, apa kata cuba buat sendiri resepi yang dikongsikan oleh Puan Mastini. Katanya resepi ala Famous Amos ini sangat mudah untuk dibuat, gerenti sedap dan puas hati. Jom baca!

Resepi Famous Amos Simple! Confirm jadi.

BAHAN A

  • 250 gm Butter
  • 1 1/4 cawan teh -brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur

BAHAN B

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak masak

BAHAN TAMBAHAN: 


– 2 cawan cip coklat

– almond flakes

CARA-CARA:

1. Kacau rata bahan A guna senduk. Jangan guna mixer. Pakai spatula atau senduk sahaja pun dah cukup.

Tujuan nak bagi bahan sebati je, kacau slow-slow. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut.

2. Bila dah kacau masukkan pula bahan B. Sama macam tadi kacau guna spatula secara perlahan.

3. Bila dah sebati baru tambahkan cip coklat. Coklat cip jangan bawa keluar awal dari peti ais takut dia lembik bila gaul sekali nanti rasa biskut lari sikit sebab larut dengan coklat chips. Masa nak letak baru keluarkan dari peti ais.

4. Bila dah menjadi adunan, masukkan dalam peti ais selama 1 jam. Simpan sampai dia jadi keras sikit. Simpan lama pun takpe. Kalau nak cepat simpan kat bahagian atas peti ais pastu agak-agak dah keras sikit boleh bawa keluar dan start cubit mencubit.

Bila dah jadi acuan memang agak lembik jangan panik okay, benda gebu ni kena letak dalam peti selama 1 jam. Cara saya letak dalam freezer je 15 minit dah keras.

Tadaaaa dah keluar frezer. Satu pesanan ringkas, masa nak cubit guna 2 sudu pastikan ambik sedikit saja. Sebab benda ni akan mengembang bila dibakar. Lepas dah cubit letak balik acuan dalam frezer bila nak guna baru keluar balik.

5. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang biskut mengembang. Make sure cubit saja adunan tu. Tak perlu tekan bagi leper.

6. Bakar 20 minit suhu 150°C guna api atas bawah. Jangan lupa preheat oven sebelum letak cookies.

7. Siap untuk dinikmati.

Jom cuba buat dan semoga berjaya.

Sumber: Facebook Mastini via Masak Apa Hari ni.. (MAHN)