Yang teringin nak buat tempe sendiri tu, saya ada kongsikan cara pembuatan tempe. Puas rasa hati kalau boleh buat sendiri guys. Jom intai dapoq resepi:
Bahan-bahan diperlukan:
- Kacang soya 1kg
- Ragi tempe 1 sudu kecil
- Plastic/daun pisang untuk membungkus
Cara-cara pembuatan:
1. Basuh kacang soya hingga bersih dan rendam kacang soya dalam air selama 4-5 jam.
2. Selepas direndam 4-5jam, buangkan air dan tiriskan kacang soya tadi.
3. Masak air dalam periuk hingga betul-betul mendidih.
4. Next masukan kacang soya dan rebus selama 25-30 minit, tutup api dapur, pastu tutup periuk dan biarkan kacang soya terendam selama 1 malam.
5. Selapas rendam 1 malam, ramas-ramas kacang soya hingga pecah dan terkupas kulit ari, pastu basuh dan buang kulit ari soya hingga betul-betul bersih,pastu tiriskan (basuh/bilas soya berulang kali,4-5 kali.)
6. Next masak air dalam periuk hingga mendidih, pastu masukan soya, rebus dalam 15 minit, pastu angkat soya dan tiriskan.
7. Letak soya dalam talam/dulang bagi sejuk.
8. Kalau soya dah sejuk, pastu letak ragi tempe, gaulkan hingga campur serata.
9. Next bungkus/masukan soya dalam plastic, pastu cucuk-cucul plastic bagi belubang dengan menggunakan lidi satay.
10. Susun atur soya yang dah dibungkus pastu tutup dengan kain untuk proses permentasi selama 36-48jam (2 hari)
11. Selepas 24jam buka penutup kain biar tak panas sangat (risau busuk pulak)
12. Masa permentasi 48jam/2 hari,,dah jadi tempe dah. Tempe ready digoreng guys.
Selamat mencuba! Hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Mudahkan?
Sumber: Facebook Sri Rahayu