Bagi anda yang ada air fryer di rumah, apa kata cuba teknik rahsia seperti perkongsian seorang pengguna Facebook. Walaupun tak guna setitik minyak masak, ayam tetap garing dan sedap! Jom cuba…

Ayam goreng tak guna minyak tetap garing. Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer. Akhirnya, misi berjaya! Ayam goreng sedap dan rangup.

Tengah hari tadi min goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Korang try la buat. Serius, tak payah masuk setitik minyak pun.

Caranya senang sahaja:

1. Basuh bersih ayam.

2. Lumurkan ayam dengan:

  • bawang putih (tumbuk lumat)
  • sedikit halia (tumbuk lumat)
  • sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
  • sedikit kunyit serbuk
  • garam

3. Gaul sebati dan masukkan dalam bakul air fryer.

  • suhu 180 darjah
  • masa 15 minit

Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.

5. Siap dan boleh dihidangkan.

Lebih jimat masa dan juga minyak masak. Sekali sekala cuba cara ni apa salahnya. Rasanya tetap sama seperti goreng menggunakan minyak masak.

Sumber: Tsu Feh Sufiah