Resepi Kek Planta antara kek orang lama yang memang popular suatu masa dahulu, tetapi kek ini tak pernah ketinggalan zaman malah makin lama ianya makin diminati. Resepi yang dikongsikan ini hanya dibakar menggunakan dapur gas sahaja, tetapi elok sangat rupanya tetap gebu. Selamat mencuba.

Resepi Kek Planta

Bahan-Bahan:

  • 1cwn planta@majerin(cap apa pon boleh aje)
  • 2cwn tepung gandum(cap apapon boleh)
  • 1cwn gula pasir
  • 1/2cwn susu sejat@cair
  • 4biji telur(gred b )
  • 1sk soda bikarbonat
  • 1sk baking powder
  • 1sb esen vanila

Cara-Cara:

Pukul@mixer telur n gula smpai kembang(putih)-xdigalakkan pakai blande…sbb majerin susah nak kembang kalau kisar

Masukkan majerin@planta… mix lagi smpai kembang… masukkan susu sejat… mix lagi…

Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder n esen vanila… mix sekali arung biar sebati…

Dah siap mixer semuanya… bahagi adunan kepada 2bahagian.

  • adunan 1…cikpooja campo ngan serbuk koko 2sb… kacau sebati
  • adunan 2…plain je(warna putih)

Sapu loyang ngan majerin… masukkan adunan selang seli ikut kreativiti masing2… Pastu cikpooja bakar dalam 35-40mnit guna dapur gas api slow…

Nota: Bila bakar kek ni…memang dalam periuk tu takde letak air…kalau letak air itu namanya kukus