Sebenarnya ada cara yang anda boleh gunakan untuk mengembalikan warna putih bantal tersebut macam di hotel. Tak payah beli baru, anda perlukan 3 bahan ini sahaja dan terbukti memang berkesan!

CARA CUCI BANTAL KOTOR BERBAU GUNA 3 BAHAN, PUTIH!

1.Sediakan baking soda, borax, sabun pencuci dan air.

2.Masukkan bantal dalam bekas seperti besen yang lebar supaya muat rendam bantal.

3.Isi air dan masukkan baking soda, borax dan sabun pencuci.

4.Kocak-kocakkan supaya bahan pencuci menjadi rata.

5.Biarkan bantal di dalam bekas rendaman dan balik-balikkan ia beberapa kali. Hasil boleh dilihat dalam masa beberapa minit apabila air bertukar menjadi hitam!

6. Bila dah nampak bantal dah bersih, boleh angkat bantal dan bilas dengan air bersih.

7.Kemudian, jemur sehingga kering. Memang hasilnya puas hati!

Menurut perkongsian ini lagi, ketiga-tiga bahan ini mempunyai fungsinya yang tersendiri iaitu baking soda untuk naikkan warna putih, borax untuk hilangkan bau busuk manakala sabun pencuci untuk hilangkan kotoran. Selamat mencuba!

Sumber: Tiktok @_nismira