Cara Jimat Tapi Berkesan Guna Bahan Mudah Ini Halau Bena Dan Perosak Tanaman


Di sini kami kongsikan petua halau bena, hama dan perosak tanaman menggunakan air rebusan cengkih yang boleh anda cuba di rumah.

Petua Halau Bena, Hama & Perosak Tanaman Guna Air Rebusan Cengkih

Dalam sebuah hantaran di Facebook oleh Khairulazani Bin Hassan Sabery, beliau berkongsi bahawa beliau telah mencuba tips ini dan ia ternyata ia nampak berhasil:

Hari tu dah macam putus asa dah dengan pokok cili padi ni. Kena serangan bena dan parasit yang jenis sedut bendalir pokok tu..

Terima kasih pada yang bagi petua air semburan rebusan bunga cengkih. Menjadi. Sekarang dah berbunga dan berbuah dah.

Cara buat air rebusan cengkih:

  1. Saya ambil segenggam bunga cengkih.
  2. Rebus dengan 1 liter air.
  3. Rebus dalam 15 minit ke 20 minit.
  4. Biarkan sejuk.
  5. Lepas tu esok sembur. (saya buat malam)
  6. Pada permulaan disembur 2kali sehari pagi dan petang selepas siram pokok.

Saya buat 2-3 hari je. Kemudian, saya buat seminggu sekali dalam 2 minggu.. Ni dah sebulan tak buat. Alhamdulillah ok…Ingat minggu depan nak buat lagi…

PENTING: Sembur secara rata tau, bahagian atas bawah depan belakang yang ada bena tu sembur kan. Hampasnya jangan dibuang, elok letak di pokok berkenaan.

Terima kasih sahabat kerana berkongsi info.

Jika bermanfaat, jom share juga untuk kebaikan bersama.

Sumber: Khairulazani Bin Hassan Sabery