Jadi, sebelum kita masak tu, mesti kita nak bersih-bersihkan kerang tu dulu kan supaya juadah yang disediakan juga bersih.

TEKNIK CUCI KERANG SAMPAI ISI BERSIH

Bagi pencerahan: teknik bersihkan ISI kerang, bukan memutihkan cengkerang. Hasilan ISI kerang yang bersih sila rujuk gambar ‘D’ yang tertera dalam rangkaian komen.

Assalamualaikum & salam sejahtera. Izinkan berkongsi ilmu untuk membersihkan kerang supaya *ISI* kerang tak ada selut.

Rujuk gambar ‘A’:

Selepas bilas (*dan cengkerang dah bersih*) adunkan garam dan cili kering (tak kisah kalau 2-3 batang atau serbuk cili kering kasar. Dalam gambar ialah cili kering kasar sebab stok cili kering dah habis). Ralat garam & cili agak-agak je. Asalkan agak-agak pedas & masin.

Rujuk gambar ‘B’:

Tambahkan air separa bekas, kemudian masukkan pula kerang. Pastikan paras air lebih tinggi dari paras kerang.

Rujuk gambar ‘C’:

Biarkan kerang berendam (atau berenang) selama 45 min – 90 min. Kerang akan dengan sendirinya bersih (self clean through spitting). Boleh di balik-balikan kerang untuk melonggarkan ruang air di antara kerang. Rujuk gambah air keruh yang berbuih

– itulah hasil kerang membuang sisa selut dan kotoran. Ulang 2-3 kali air garam & cili, sampai bersih. Mahupun proses yang lama, tapi tak teruk/penat usahanya. Moga-moga ilmu ini bermanfaat.

Selamat mencuba!