Tak perlu salut telur atau banyak bahan lain, resepi kali ini hanya guna 2 bahan utama iaitu ayam segar dan Tepung Bestari.

Tapi, ada teknik salut tepung tu supaya dapat hasil yang extra crispy!

Jom ikuti resepi resepi ayam goreng crunchy daripada perkongsian Puan Syafinas ini dengan hanya menggunakan Tepung Bestari Original sahaja.

Resepi Ayam Goreng Extra Crunchy, Kulit Keriting. Confirm Krup Krap Bila Makan!

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Tepung Bestari Original (nak guna yang spicy atau perisa lain pun boleh ikut selera masing-masing)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Masak

LANGKAH 1 : PERAP

Perap ayam dengan tepung bestari selama setengah jam.

Cara perap tu agak-agak ayam banyak mana kemudian bancuh dengan air. (Jangan letak garam /perasa sebab tepung bestari ni dah cukup masin).

Lagi lama ayam diperap, lagi rasa juicy tau! Tapi kalau tak nak cepat, perap dalam 10 minit pon dah okay.
Ikut pada kerajinan nak menunggu.

Yang ni saya tak bancuh dengan telur sebab kalau letak telur, minyak akan jadi cepat hitam.

Ini contoh perapan ayam dengan tepung Bestari tu.

LANGKAH 2 : SALUT TEPUNG KERING

Ambil tepung kering (menggunakan tepung bestari jugak) masukkan ke dalam bekas yang besar sebab senang nak gaul ayam nanti.

Ambil ayam yang dah diperap tadi dan masukkan ke dalam tepung kering.

Kita gaul sama rata.

Pastikan tekap ayam dengan tepung bagi tepung tu bersalut dengan ayam .

Tekap sampai dapat hasil kejadian macam dalam gambar di bawah ni.

LANGKAH 3 : CELUP DENGAN AIR

Seterusnya lepas ni kita akan perlukan satu bekas air sejuk @ air paip.

Kemudian letak penapis sekali untuk senang tos nanti.

Lepas tu masukkan ayam yang bersalut tepung tadi ke dalam.

Celup ayam bertepung tadi sekejap dalam 2 saat.

LANGKAH 4 : TOSKAN

Lepas tu angkat ayam yang terendam tadi dan toskan.

Contoh kejadian ayam macam dalam gambar di bawah:

LANGKAH 5 : SALUT TEPUNG KERING SEKALI LAGI

Lepas tu masuk semula dalam tepung kering dan gaulkan.

Tepung kena banyak ye jangan sikit nanti tak jadi kerinting ayam.

Boleh tengok hasil yang dah salut tepung kali kedua macam dalam gambar di bawah:

LANGKAH 6 : GORENG

Akhir sekali, goreng ayam dalam minyak panas.

Oh ya, untuk goreng ayam ni saya pilih untuk goreng dalam periuk sebab kejadian ayam bila digoreng akan jadi lebih cantik.

Minyak kena banyak bile goreng ayam, supaya taklah hangit bahagian bawah tu.

SIAP!

Dann ini la hasilll nyaaa…..

Mudah kan?

Cuma guna satu bahan je untuk salut ayam.

Rugi tak cuba sebab mudah je caranya. Dapat jimat banyak kalau buat sendiri dan kalau anda sejenis suka makan ayam goreng di rumah… hehe.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nrl Intan Syafinas via Masak Apa Hari Ni (MAHN)