Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Buat Baja Organik Guna Sisa Ikan Tanaman Lebih Subur


Baja sisa perut ikan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis tanaman seperti sayuran dan buah-buahan. Mudah sahaja cara DIY pembuatan baja sisa ikan ini. Jom try!

SISA IKAN YANG DISIANG BOLEH GUNA JADI BAJA TANAMAN

Hari ni ke pasar. Ada lebihan sisa perut ikan tu saya peram dengan gula melaka sebagai baja tanaman (MOL Ikan). Memang sudah lama saya amalkan cara ini kerana ikan merupakan sumber amino asid yang sangat baik untuk tanaman.

Tidak kiralah sayuran, tanaman berbuah, hatta pokok bunga sekalipun, inilah baja semulajadi yang mudah diperolehi dan disediakan.

Saya kongsikan cara saya membuat baja ikan di sini.

  • Nisbah perut ikan dan gula merah= 1:1
  • Contohnya 1kg perut ikan + 1kg gula merah.
  • Peramkan 3 sehingga 4 minggu
  • Tutup dan simpan di tempat gelap. Selepas itu, tapis patinya.

Masukkan perut ikan ke dlm tong peraman. Gaulkan dengan gula merah. Lagi lama peram lagi power baja ni nanti.

Kadar bancuhan:

  • 10ml pati + 1L air
  • Siram

Senang kan? Fungsi gula merah adalah untuk merangsang pembiakan bakteria serta menyuburkan tanah. Hasil tanaman seperti bayam, kesom, cili padi dan terung subur dengan begitu gemuk. Wah!


Sumber: Facebook Norahim Ibrahim