Jom lihat cara membuat kerepek terung perkongsian oleh Puan Syahirah Adnan ini. Yang ini saya gaul dengan tepung bestari je.. Tq pada “baba” yang share resepi & tips ni.
Ha gambar kedua tu, kita repeat lagi goreng untuk dinner.. Ada kawan-kawan dalam group cakap potong bentuk jejari pun sedap..
Masha Allah lagi sedap!! Macam fries!!!
BAHAN-BAHAN :
- Terung
- Tepung bestari
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Guna terung yang masih keras. Cuci bersih dan potong nipis.
2. Taburkan tepung bestari secukupnya. Gaul sehingga tepung bersalut rata dengan terung. Tepung tak perlu bancuh dengan air.
3. Sedia untuk digoreng dalam minyak yang panas sehingga garing.
TIPS EXTRA :
Kalau tiada tepung bestari, taburkan garam, serbuk kunyit, tepung jagung dan gaul rata. Taburkan serbuk cili jika mahu pedas.
Selamat mencuba!
Sumber: Syahirah Adnan via Rencah Rasa